Tuesday, January 10, 2017

2017

Assalamualaikum diari maya... setahun lebih rasanya tak bercerita kat sini. Rasanya bukan saja bersawang tapi mesti dah ada entiti lain menghuni belog aku nie kan... hehhehe serrrrr plak bila taip macam nie. 

Aku harap pembukaan tahun baru 2017 nie membuka lembaran baru bagi aku, sebab kenangan suka duka 2016 akan aku sematkan dalam sanubari sepanjang hayat aku. 

Walaupun penutup 2016 aku terpaksa menginap semalam di Hospital Pusrawi sebab sinus aku sudah teruk sampai ke telinga. Memandangkan DR. Amir suggestkan untuk buat operation, maka dengan hati yang berdebar-debar aku menyerahkan diri ke hospital. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan aku kini makin sihat... walaupun sebenarnya dah memang sihat (bukan la obesiti la)...

Selain isu masuk hospital nie, di awal tahun juga ofis aku berpindah dari tingkat 1 ke tingkat 8. walaupun baru  masuk minggu ke 2 di tahun baru, macam-macam aktiviti yang aku dah buat. hahahaahha (gelak bangga).... tapi bukan naik pangkat tau, naik tingkat jer.

okey la, jam pun dah dekat 5.30 ptg, time untuk aku balik. InsyaAllah, lepas ni aku akan rajinkan diri mengupdate velog supaya tak bersawang lagi... meh..meh..meh...
 cau cin cau....

love
Eina

Wednesday, November 4, 2015

Faktor Usia Kot???

Assalamualaikum dan salam bersiaran diari maya... sudah lama rasanya menyepikan diri dari mencoretkan kenangan dan pengalaman dalam belog nie. Kesibukkan kerja sangat mencemburui aku untuk mencoretkan suka duka kehidupan aku di sini. Selain kesibukkan yang melampau, faktor kesihatan juga menjadi punca kenapa aku lama menyepikan diri.... Yela, mana taknya, lama kot negara kita dibanjiri dengan cuaca jerebu yang melampau. Jangan ingat Banjir nie disebabkan air je tau... hehehhehee
Terpanjang lebar plak bebelan aku, yela dah lama share kat sini.....

Sebenarnya aku nak cerita pasal kejadian minggu lepas... ianya berlaku lagi. Yup! ini kali kedua aku tertinggal helmet... hahahha nampak sangat dah tua kan...

Kali pertama dulu ceritanya disini dan masa tue aku nak datang ke tempat kerja. Tetapi kali nie berlaku masa aku nak balik kerja pula.... kelakar pun ada... takut pun ada... nasib baik tak belaku pekara yang diingini. Nauzubillah...

Love
-Eina-

Thursday, October 1, 2015

Jerebu Oh Jerebu

Assalamualaikum semua... salam bersiaran kembali walaupun kelihatan siarannya ala-ala hitam putih gitew di sebabkan oleh jerebu yang menggila sekarang nie. 

Kalau nak cerita sebab apa berlaku jerebu, aku rasa semua orang pun dah tau kan.. dan tak payah nak ulang story yang lapuk dan buat orang sakit hati lagi....hahahaha... sebenarnya aku yang stresss... ye la, mana taknya stress setiap hari cuaca macam mendung berasap jer.. dah tue plak tak elok untuk kesihatan. Lainlah kalau mendung nak hujan yang terasa sejuk dan nyaman jer,  sesuai sangat untuk aktiviti membuta a.k.a membongkang (kalau time cuti la, kalau time keja mahunya boss aku naik gila yang sememangnya dia dah g**a tu... hahaha)

Dengan keadaan jerebu nie, kesihatan kena jaga betul-betul, kalau tak jadi mcm aku nie asyik batuk jer pastu plak sakit dada plus semput... biasalah kak jah nie dengan semput memang xdapat dipisahkan tambah-tambah time jerebu nie. Setiap hari dada nie asyik sesak jer, tekak plak dah sakit sebab batuk tak henti-henti. Aku rasa semua orang rasa mcm aku kot bila keadaan jerebut bertambah teruk... 

Bila jerebu mcm nie, rindu  sangat nak balik Kedah. Masa balik raya ari tu, memang heaven la sebab tak nampak pun keadaan berjerebu kat sana. Tambahan lagi, kampung aku plak ke dalam sikit, memang tak terasa langsung... bila keadaan jerebu teruk mcm nie, rasa mcm nak pindah dok kedah jer... 
Itu je bebelan aku untuk hari nie, rasanya dah lama tak update apa-apa kat diari maya aku nie... hahaha.. lain update lagi okey...


love
Eina

Thursday, August 13, 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan AmanahRaya

Assalamualaikum dan salam ceria kembali.... hahahah bab makan jer terus ceriakan... dasar hantu makan. Eh, tengok badan la kan....meh...meh...meh... 
Dah lama aku buka diari maya aku nie, bukan sebab sibuk sangat tapi sebab malas nak menaip. Takde ke sistem yang cakap jer terus kluar sepatah-sepatah perkataan... kan senang mcm tue kan.... tengok la tue, memang dasar pemalas.....

Ops!!!! sudah lari dari tajuk utama la, aku sebenarnya cerita pasal majlis hari raya kat opis aku yang berlangsung 11 Ogos lepas. Selain tu juga, ada satu lagi majlis hari iaitu majlis hari hari untuk deparment aku yang berlangsung pada 7 Ogos lepas, tapi untuk majlis tu, aku akan story lain kali ye diari maya....

Sebenarnya setiap tahun, aku memang menunggu sambutan Hari Raya AmanahRaya nie, sebabnya mesti vavavommm punya la....mana idaknya kan, Majlis Hari Raya AmanahRaya kot.... 
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari... cewahhhh berperibahasa plak aku nie,,, 
Yer la, mana tak nya bagi aku majlis memang dah okey la, tapi bab makanan plak memang kelaut semuanya... malas plak aku nak storymory kat sini, pendek kata majlis tersebut hanya suam-suam kuku jer....

Kemeriahan majlis tu hanya disebabkan oleh adanya artis jemputan iaitu Dato' Hattan dan Abby Yus, klu tak der dorang nie rasanya lagi hambar kot majlis tu...

Walaupun majlis ala-ala suam-suam kuku ja,,, aku ngan geng-geng seangkatan boleh tahan la meriahnya...hehehehe.... yela kan, kata majlis hari raya mesti la hepening kan,,,, 
Jom layan pic yang aku sempat ambik masa majlis tu.... malas nak cerita banyak.... jangan sampai muntoh ijao sudah ler..... heheheh


































































Okey dah habisss.....


love
Eina