Thursday, October 1, 2015

Jerebu Oh Jerebu

Assalamualaikum semua... salam bersiaran kembali walaupun kelihatan siarannya ala-ala hitam putih gitew di sebabkan oleh jerebu yang menggila sekarang nie. 

Kalau nak cerita sebab apa berlaku jerebu, aku rasa semua orang pun dah tau kan.. dan tak payah nak ulang story yang lapuk dan buat orang sakit hati lagi....hahahaha... sebenarnya aku yang stresss... ye la, mana taknya stress setiap hari cuaca macam mendung berasap jer.. dah tue plak tak elok untuk kesihatan. Lainlah kalau mendung nak hujan yang terasa sejuk dan nyaman jer,  sesuai sangat untuk aktiviti membuta a.k.a membongkang (kalau time cuti la, kalau time keja mahunya boss aku naik gila yang sememangnya dia dah g**a tu... hahaha)

Dengan keadaan jerebu nie, kesihatan kena jaga betul-betul, kalau tak jadi mcm aku nie asyik batuk jer pastu plak sakit dada plus semput... biasalah kak jah nie dengan semput memang xdapat dipisahkan tambah-tambah time jerebu nie. Setiap hari dada nie asyik sesak jer, tekak plak dah sakit sebab batuk tak henti-henti. Aku rasa semua orang rasa mcm aku kot bila keadaan jerebut bertambah teruk... 

Bila jerebu mcm nie, rindu  sangat nak balik Kedah. Masa balik raya ari tu, memang heaven la sebab tak nampak pun keadaan berjerebu kat sana. Tambahan lagi, kampung aku plak ke dalam sikit, memang tak terasa langsung... bila keadaan jerebu teruk mcm nie, rasa mcm nak pindah dok kedah jer... 
Itu je bebelan aku untuk hari nie, rasanya dah lama tak update apa-apa kat diari maya aku nie... hahaha.. lain update lagi okey...


love
Eina