Tuesday, January 10, 2017

2017

Assalamualaikum diari maya... setahun lebih rasanya tak bercerita kat sini. Rasanya bukan saja bersawang tapi mesti dah ada entiti lain menghuni belog aku nie kan... hehhehe serrrrr plak bila taip macam nie. 

Aku harap pembukaan tahun baru 2017 nie membuka lembaran baru bagi aku, sebab kenangan suka duka 2016 akan aku sematkan dalam sanubari sepanjang hayat aku. 

Walaupun penutup 2016 aku terpaksa menginap semalam di Hospital Pusrawi sebab sinus aku sudah teruk sampai ke telinga. Memandangkan DR. Amir suggestkan untuk buat operation, maka dengan hati yang berdebar-debar aku menyerahkan diri ke hospital. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan aku kini makin sihat... walaupun sebenarnya dah memang sihat (bukan la obesiti la)...

Selain isu masuk hospital nie, di awal tahun juga ofis aku berpindah dari tingkat 1 ke tingkat 8. walaupun baru  masuk minggu ke 2 di tahun baru, macam-macam aktiviti yang aku dah buat. hahahaahha (gelak bangga).... tapi bukan naik pangkat tau, naik tingkat jer.

okey la, jam pun dah dekat 5.30 ptg, time untuk aku balik. InsyaAllah, lepas ni aku akan rajinkan diri mengupdate velog supaya tak bersawang lagi... meh..meh..meh...
 cau cin cau....

love
Eina