Friday, August 22, 2014

MH17

Assalamualaikum semua, sayu je rasa hati hari nie. aku rasa semua orang sudah mengetahui bahawa hari ini, merupakan hari berkabung untuk jenazah mangsa MH17 yang sampai ke Malaysia pada hari ini. Aku sebenarnya tidak suka membaca berita berkenaan dengan tragedi MH17 sebab emosi aku akan terganggu dan sedey apabila mengenangkan mangsa dan keluarga mangsa yang melalui semua nie....

Bermulanya kisah sedey MH17ni, yang betul2 buat aku menangis adalah semalam apabila aku membelek-belek FB aku dan aku baru mengetahui bahawa pilot MH17 tu adalah suami kepada kawan salah seorang staf di USM iaitu Jumie. korang paham x apa yang aku cakap nie....xpe lah buat2 paham je la if sesapa yang xpaham tu ye..

Jumie nie merupaka staf di school aku masa aku blajar kat USM dulu, aku kenal-kenal gitu je la tapi aku rase dia pun xkenal aku... hahhaha. tapi aku  suka la membaca belog beliau, sebeb belog beliau membolehkan aku belajar memake up kan orang...

Semalam dia ada post kat FB dia yang menyuruh semua orang membaca belognya pada hari ini. So, apabila sampai di opis pagi tadi aku pun membuka dan membaca kisah yang share kat situ. Aku rasa kalau aku ditempat isteri mangsa MH17 tu, mesti lagi teruk aku meroyan,,, tapi alhamdulilah ahli keluarga mangsa memang tabah menghadapi dugaanNya.

Aku xnak cerita panjang dan sesapa nak tau cerita yang dishare di belog beliau boleh lawat belog beliau sendiri. sepanjang pembacaan aku tadi, aku xsedar dah bape kali aku menangis....so korang baca la sendiri.... semoga roh mangsa MH17 dicucuri rahmat dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaanNya... 
amimm...


-Eina-

Wednesday, August 20, 2014

Sabarlah wahai hati....

Rasanya sudah lama aku mencoretkan apa-apa semasa bulan puasa hinggalah sekarang nie  dah nak penghujung Syawal. Aku rasa berat hati bila nak menulis apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku.  Walaupun bukan diri aku sendiri yang mengalaminya, tetapi aku rase peritnya kehilangan seseorang yang disayangi susah nak diluahkan dengan perkataan.

Dua hari sebelum kita semua sebagai umat islam nak berpuasa, aku dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada kawan aku opis aku, MJ. sebenarnya aku kenal MJ nie sejak belajar di USM lagi memandangkan dia belajar satu course dengan aku. Daripada penceritaan MJ, mak dia meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru dan buah pinggang. aku sememangnya mengetahui yang sebelum ini mak MJ menghidap penyakit kencing manis, berkemungkinan semua ini berkaitan dengan penyakit tersebut. aku berharap MJ tabah menghadapi dugaan ini. 

Selepas dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa, aku pula telah dikejutkan dengan berita kematian tunang kepada kawan aku Rashid. Kalau nak ikutkan, genap sebulan lagi mereka akan disatukan sebagai suami isteri, tetapi apakan daya, kematian telah memisahkan mereka. Menurut dariapada keterangan Rashid, tunangnya telah terlibat dalam kemalangan semasa hendak melintas jalan selepas membeli juadah berbuka di bazar ramadhan. Ajal Maut Jodoh Pertemuan kita semua adalah ketentuan Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya sentiasa berdoa supaya menjadi seorang hamba yang bersyukur dan beriman... Insya Allah....

Pada malam raya, kita semua sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, aku sekali lagi telah dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada suzie yang juga merupakan salah seorang rakan opis aku. pada ketika mengetahui berita kematian tersebut hati aku berdebar-debar mengenangkan dugaan yang Egkau berikan amatlah hebat memandangkan kita semua ingin menyambut Hari Raya yang mulia. Melalui penceritaan rakan-rakan yang lain, ibunya meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dibonceng oleh remaja di hadapan rumah mereka. Berita ini amat menyentap hati dan perasaan aku sebagai manusia kerana, sekiranya ajal telah tiba tiada amaran yang diberikan kepada kita semua....

Berakhir minggu pertama dibulan Syawal, aku pula diberitahu bahawa Pak Ngah aku telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. berdasarkan kepada penceritaan emak , Pak Ngah kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang. Bersyukur kehadrat ilahi apabila, selepas seminggu di Hospital, Pak Ngah telah menjalani pembedahan dan beransur pulih walaupun masih ditempatkan di wad ICU. Aku berharap Pak Ngah aku akan sihat seperti biasa....amin....

Aku berdoa supaya aku menjadi hamba yang tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan yang diberikan olehNya....Tabahlah wahai hati....


-Eina-