Assalamualaikum semua, sayu je rasa hati hari nie. aku rasa semua orang sudah mengetahui bahawa hari ini, merupakan hari berkabung untuk jenazah mangsa MH17 yang sampai ke Malaysia pada hari ini. Aku sebenarnya tidak suka membaca berita berkenaan dengan tragedi MH17 sebab emosi aku akan terganggu dan sedey apabila mengenangkan mangsa dan keluarga mangsa yang melalui semua nie....
Bermulanya kisah sedey MH17ni, yang betul2 buat aku menangis adalah semalam apabila aku membelek-belek FB aku dan aku baru mengetahui bahawa pilot MH17 tu adalah suami kepada kawan salah seorang staf di USM iaitu Jumie. korang paham x apa yang aku cakap nie....xpe lah buat2 paham je la if sesapa yang xpaham tu ye..
Jumie nie merupaka staf di school aku masa aku blajar kat USM dulu, aku kenal-kenal gitu je la tapi aku rase dia pun xkenal aku... hahhaha. tapi aku suka la membaca belog beliau, sebeb belog beliau membolehkan aku belajar memake up kan orang...
Semalam dia ada post kat FB dia yang menyuruh semua orang membaca belognya pada hari ini. So, apabila sampai di opis pagi tadi aku pun membuka dan membaca kisah yang share kat situ. Aku rasa kalau aku ditempat isteri mangsa MH17 tu, mesti lagi teruk aku meroyan,,, tapi alhamdulilah ahli keluarga mangsa memang tabah menghadapi dugaanNya.
Aku xnak cerita panjang dan sesapa nak tau cerita yang dishare di belog beliau boleh lawat belog beliau sendiri. sepanjang pembacaan aku tadi, aku xsedar dah bape kali aku menangis....so korang baca la sendiri.... semoga roh mangsa MH17 dicucuri rahmat dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaanNya...
amimm...
-Eina-
No comments:
Post a Comment