Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

Assalamualaikum.... dan Holaaaaaaaaaaaaa semua........ heheheh. pejam celik pejam celik ... dah hari terakhir dalam tahun nie kan, aku rase masa berjalan dengan pantas sangat, rasa macam baru jer masuk tahun 2014, ni tup..tup... nak masuk tahun 2015 pula.

Ape pengalaman korang untuk tahun nie, banyak suka-suki ataupun banyak duka-cuka..... heheheheh. Tercapai tak matlamat / azam 2014 korang??? aku... hahahhaa, aku renew matlamat tahun nie (2014), dibawa ke tahun hadapan (2015) plak... meh...meh....meh...

Tapi bagi aku, tahun 2014 nie adalah tahun yang sangat mencabar bagi diri aku, suami dan keluarga. Pelbagai dugaan aku terima, tapi alhamdulillah aku dapat menghadapinya walaupun kadang-kadang aku meroyan macam orang gila.... hhahahahha...

Sebelum nie pun aku ada post berkenaan dengan dugaan / cabaran yang aku terima dan orang-orang yang berada di sekeliling aku hadapi. Tapi itu, semua telah mematangkan diri aku dan menjadikan diri aku lebih tabah serta seorang hamba yang lebih bersyukur kepada Nya. Semua pengalaman pahit akan dijadikan pedoman dan sempadan buat diri sendiri dan pengalaman manis akan disimpan dalam sanubari....

Aku harap tahun depan a.k.a besok, aku dapat menjadi seorang isteri yang terbaik kepada suami aku, anak taat kepada ibu bapa, pekerja yang berdedikasi kepada urusan yang dipertanggungjawabkan, rakan / sahabat / teman / member / kawan dan seangkatan dengannya yang baik dan lebih baik kepada dorang semua, seorang insan yang mulia kepada masyarakat ....... dan yang paling penting menjadi SEORANG HAMBA YANG BERIMAN, BERSYUKUR, BERTAQWA DAN SEBAGAINYA....... KEPADANYA....aminnnnnn....

Kepada korang semua, aku ucapkan selamat tahun baru dan selamat bercuti.... semoga azam / matlamat kita untuk tahun depan dapat dilaksanakan tanpa tertangguh lagi.....

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014........... SELAMAT DATANG TAHUN 2015...... 

cinta hati
  -Eina-

Tuesday, December 2, 2014

Anniversary Katanya...

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali.... lama sudah rasanya aku tak update blog aku nie, mesti dah bersawang kan. Disebabkan kerja-kerja dikantor yang banyak telah membuatkan diri aku sibuk mengalahkan Perdana Menteri....hehehehe...

Hari nie aku sebenarnya coretkan kenangan pertama kali sambut anniversary ngan pak rahmat. Date anniversary kami sebenarnya adalah 22 November ari tu, cuma sekarang je aku ada masa nak kongsi kat belog aku nie... sebenarnya kewujudan belog nie adalah inspirasi khas untuk perkahwinan aku ngan pak rahmat dan future family kami berdua.... romatik tak aku...... hehehehehe... muntah darah la korang yang baca nie...

kalau diikutkan, baru setahun jagung je usia pernikahan kami. Tapi bagi aku, sepanjang tahun aku bergelar isteri pada pak rahmat nie, banyak juga suka-suki, pahit manis kami bersama. Adakala kami bergaduh, adakalanya kami bergumbira dan bagi aku semua ini adalah adat dalam perkahwinan. aku akan rasa pelik pula kalau sebuah perkahwinan itu tiada pergaduhan ditengah-tengahnya.... boleh tak klu mcm tu? eh! aku bukan kaki gaduh taw....hehehehe.
 tapi nie adalah pendapat peribadi aku jer la.. sebab tulah hubungan dalam perkahwinan saling melengkapi... betul tak????

sebenarnya aku kenal pak rahmat lebih kurang 3 tahun lepas iaitu terdapat 3 fasa perhubungan aku ngan pak rahmat iaitu fasa pengenalan (mcm karangan budak sekolah plak siap pengenalan bagai), fasa bertunang dan fasa perkahwinan. ecehh!!!!... mcm nak bina rumah plak kan, siap ada fasa bagai.... meh...meh...
kalau nak cerita secara detail rasanya 3 hari 3 malam pun tak habis lagi.... heheheh. 

tapi yang boleh aku ringkaskan berkenaan pak rahmat pada pandangan mata hati aku adalah dia seorang yang sangat-sangat penyabar dan suka buat aku hilang sabar, seorang yang kelakar sebab suka buat lawak 'bodo', seorang yang memahami, seorang yang penyayang dan banyak lagi la, hanya aku sorang je yang tau... hehehehhehehe...

p/s- Thanks syg sebab terima orang seadanya dan sanggup sabar dengan krenah orang yang kadang-kadang meroyan mcm org sewel... love u ketat-ketat.....


si comel 
Eina