Tuesday, December 2, 2014

Anniversary Katanya...

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali.... lama sudah rasanya aku tak update blog aku nie, mesti dah bersawang kan. Disebabkan kerja-kerja dikantor yang banyak telah membuatkan diri aku sibuk mengalahkan Perdana Menteri....hehehehe...

Hari nie aku sebenarnya coretkan kenangan pertama kali sambut anniversary ngan pak rahmat. Date anniversary kami sebenarnya adalah 22 November ari tu, cuma sekarang je aku ada masa nak kongsi kat belog aku nie... sebenarnya kewujudan belog nie adalah inspirasi khas untuk perkahwinan aku ngan pak rahmat dan future family kami berdua.... romatik tak aku...... hehehehehe... muntah darah la korang yang baca nie...

kalau diikutkan, baru setahun jagung je usia pernikahan kami. Tapi bagi aku, sepanjang tahun aku bergelar isteri pada pak rahmat nie, banyak juga suka-suki, pahit manis kami bersama. Adakala kami bergaduh, adakalanya kami bergumbira dan bagi aku semua ini adalah adat dalam perkahwinan. aku akan rasa pelik pula kalau sebuah perkahwinan itu tiada pergaduhan ditengah-tengahnya.... boleh tak klu mcm tu? eh! aku bukan kaki gaduh taw....hehehehe.
 tapi nie adalah pendapat peribadi aku jer la.. sebab tulah hubungan dalam perkahwinan saling melengkapi... betul tak????

sebenarnya aku kenal pak rahmat lebih kurang 3 tahun lepas iaitu terdapat 3 fasa perhubungan aku ngan pak rahmat iaitu fasa pengenalan (mcm karangan budak sekolah plak siap pengenalan bagai), fasa bertunang dan fasa perkahwinan. ecehh!!!!... mcm nak bina rumah plak kan, siap ada fasa bagai.... meh...meh...
kalau nak cerita secara detail rasanya 3 hari 3 malam pun tak habis lagi.... heheheh. 

tapi yang boleh aku ringkaskan berkenaan pak rahmat pada pandangan mata hati aku adalah dia seorang yang sangat-sangat penyabar dan suka buat aku hilang sabar, seorang yang kelakar sebab suka buat lawak 'bodo', seorang yang memahami, seorang yang penyayang dan banyak lagi la, hanya aku sorang je yang tau... hehehehhehehe...

p/s- Thanks syg sebab terima orang seadanya dan sanggup sabar dengan krenah orang yang kadang-kadang meroyan mcm org sewel... love u ketat-ketat.....


si comel 
Eina

No comments:

Post a Comment