Assalamualaikum,,,,, salam bersiaran kembali... hahaha macam lama sangat tak buka belog nie kan,,, padahal minggu lepas je kot.... sengal betul la aku nie,,,, hahhahaha.
Hari nie, aku nak bercerita pasal jenis darah. Aku rasa, aku lah manusia yang paling tak boleh belah kot dalam dunia nie.... hahahaha, sebab sepanjang aku hidup selama 31 tahun.... (dah tua kan,,,,,) aku tak taw jenis darah apa yang dok mengalir dalam badan aku nie.
Yelah, macam mana nak taw kalau pergi klinik pun takut inikan pula nak pergi check darah. Memang TAKKKKKK la jawabnya.... dasar penakut, harapkan badan je besar tapi hati kecilllllll..... huwaaaaaa...........
Mesti korang tertanya-tanya macam mana la aku boleh tau jenis darah aku nie kan? Kejadian nie berlaku pada 2 minggu lepas, minggu tu, aku deman tambah selsema, sakit-sakit badan, sengal-sengal tulang dan ditambah dengan sakit kepala yang amat menyakitkan. Aku mengadu kat Pak Rahmat, dia suruh aku gi check kat klinik.
Pada mulanya, aku bekeras tak nak pergi, aku nak pergi klinik????? mmg tak la... sebab aku nie bangsa penakut. kalau nak ikutkan prinsip aku, biar mati tanpa tau penyakit dari terseksa menghitung hari..... Boleh terima tak prinsip bodo aku tue....hahahaha.....
Lepas kena desak banyak kali oleh Pak Rahmat dan aku pun rasa takut gak. Sekarang nie kan macam2 penyakit yang pelik yang ada dan bila di fikirkan balik, aku beranikan diri pi klinik kat area opis aku.
Aku pi klinik nie minggu lepas, kalau tak salah aku hari rabu kot. Masa jumpa doktor, aku beranikan diri tanya samada boleh atau tak aku check darah kat sini dan Dr. cakap BOLEH. Dalam hati pada masa tu, berdebar-debar macam nak pi ambik result exam tu, punya takut.... hahahhaha. Dr. gitau, kalau nak ambik darah aku kena puasa dan kalau aku nak juga, besok pagi dia suruh aku datang balik untuk ambik darah.
Keesokkannya, aku dengan gagah beraninya pergi ke klinik tuk ambik darah. Aku datang awal la kan, sebab kena puasa klu nak ambik darah. Kalau aku datang petang jawabnya aku kebuluran la....aku nie mana boleh kebuluran, nanti semua kerja tak boleh buat.....hahahah
Ingtkan ambik darah sakit, rupenya tak sakit pun, aku tak sedar pun masa bila Dr. tu suntik kat tangan aku... tup...tup... Dr. kata O.K dah siap. (pada masa tu aku memang xtengok jarum la sebab takuttttttt.....)Lepas semua dah settle, DR. pesan lagi 2 hari datang ambik result.
So, hari yang dinanti-nantikan telah tiba (hari nie lah), petang tadi aku dengan gelabah biawaknya, pergi la ambik result. Korang taw, masa nak p ambik result tadi, aku rasa takut sampai sakit perut.... bengongkan aku nie,,,, penakut sampai macam tu sekali....
Dr. cakap semua ok, cuma aku punya kolestrol tinggi sikit. So, Dr. ada bagi aku ubat dan dia suruh aku datang balik untuk check up selepas ubat tue habis dalam tempoh sebulan. Korang rasa aku akan datang balik tak kat Dr. tue lepas sebulan???? hahahaha....
Kalau nak taw, kenalah tungguuuuuuuuuu......
Ops!!! lupe nak gitau, darah aku jenis O positive....akhirnya tahu juga aku....
cinta hati
-eina-
No comments:
Post a Comment