Monday, January 12, 2015

O positif.....

Assalamualaikum,,,,, salam bersiaran kembali... hahaha macam lama sangat tak buka belog nie kan,,, padahal minggu lepas je kot.... sengal betul la aku nie,,,, hahhahaha.

Hari nie, aku nak bercerita pasal jenis darah. Aku rasa, aku lah manusia yang paling tak boleh belah kot dalam dunia nie.... hahahaha, sebab sepanjang aku hidup selama 31 tahun.... (dah tua kan,,,,,) aku tak taw jenis darah apa yang dok mengalir dalam badan aku nie.
Yelah, macam mana nak taw kalau pergi klinik pun takut inikan pula nak pergi check darah. Memang TAKKKKKK  la jawabnya.... dasar penakut, harapkan badan je besar tapi hati kecilllllll..... huwaaaaaa...........

Mesti korang tertanya-tanya macam mana la aku boleh tau jenis darah aku nie kan? Kejadian nie berlaku pada 2 minggu lepas, minggu tu, aku deman tambah selsema, sakit-sakit badan, sengal-sengal tulang dan ditambah dengan sakit kepala yang amat menyakitkan. Aku mengadu kat Pak Rahmat, dia suruh aku gi check kat klinik.
Pada mulanya, aku bekeras tak nak pergi, aku nak pergi klinik????? mmg tak la... sebab aku nie bangsa penakut. kalau nak ikutkan prinsip aku, biar mati tanpa tau penyakit dari terseksa menghitung hari..... Boleh terima tak prinsip bodo aku tue....hahahaha.....

Lepas kena desak banyak kali oleh Pak Rahmat dan aku pun rasa takut gak. Sekarang nie kan macam2 penyakit yang pelik yang ada dan bila di fikirkan balik, aku beranikan diri pi klinik kat area opis aku. 
 Aku pi klinik nie minggu lepas, kalau tak salah aku hari rabu kot. Masa jumpa doktor, aku beranikan diri tanya samada boleh atau tak aku check darah kat sini dan Dr. cakap BOLEH.  Dalam hati pada masa tu, berdebar-debar macam nak pi ambik result exam tu, punya takut.... hahahhaha. Dr. gitau, kalau nak ambik darah aku kena puasa dan kalau aku nak juga, besok pagi dia suruh aku datang balik untuk ambik darah.

Keesokkannya, aku dengan gagah beraninya pergi ke klinik tuk ambik darah. Aku datang awal la kan,  sebab kena puasa klu nak ambik darah. Kalau aku datang petang jawabnya aku kebuluran la....aku nie mana boleh kebuluran, nanti semua kerja tak boleh buat.....hahahah
Ingtkan ambik darah sakit, rupenya tak sakit pun, aku tak sedar pun masa bila Dr. tu suntik kat tangan aku... tup...tup... Dr. kata O.K dah siap. (pada masa tu aku memang xtengok jarum la sebab takuttttttt.....)Lepas semua dah settle, DR. pesan lagi 2 hari datang ambik result. 

So, hari yang dinanti-nantikan telah tiba (hari nie lah), petang tadi aku dengan gelabah biawaknya, pergi la ambik result. Korang taw, masa nak p ambik result tadi, aku rasa takut sampai sakit perut.... bengongkan aku nie,,,, penakut sampai macam tu sekali....

Dr. cakap semua ok, cuma aku punya kolestrol tinggi sikit. So, Dr. ada bagi aku ubat dan dia suruh aku datang balik untuk check up selepas ubat tue habis dalam tempoh sebulan. Korang rasa aku akan datang balik tak kat Dr. tue lepas sebulan???? hahahaha....
Kalau nak taw, kenalah tungguuuuuuuuuu......

Ops!!! lupe nak gitau, darah aku jenis O positive....akhirnya tahu juga aku....


cinta hati
-eina-

Wednesday, January 7, 2015

Mendetoxkan Diri....

Assalamualaikum....
Hari nie, bermulalah aku untuk mendetoxkan diri katanya, memandangkan azam tahun lepas yang dibawa ke tahun nie. So, dengan bersemangatnya aku memulakan langkah pertama. Orang kata sebelum nak mulakan diet nie, kita perlu mencucikan semua kotoran atau toksin-toksin yang dalam berkampung badan terlebih dahulu.... cewahhhh cakap macam pakar pemakanan jer aku nie.....

Untuk memulakan operasi detox nie, semalam aku ajak pak rahmat pergi ke tesco untuk membeli keperluan untuk detox nie. Peringkat permulaan aku hanya beli green tea dengan buah lemon jer. Ingat nak beli daun pudina sekali, tapi cari punya cari tak jumpa da..... 
Selain tue, aku ada juga beli buah betik sebab aku memang suka buah-buahan... hehehhe dan lagi satu sebab adalah kalau nak detox kenalah makan buah...... aci dak macam tue......(x klaka hokey....)



Gambar nie aku ambil dari encik google jer, tapi nak gitau korang buah lemon macam nie la, aku beli semalam..... hahahhaha...



Nie plak green tea yang aku beli semalam, tapi gambar nie pun aku ambik kat encik google gak... meh...meh...meh....
aku beli yang kecik je sama macam gambar kat atas tu... sebab baru nak cuba kan, nanti klu xsesuai ngan aku xde la membazir sangat....



Dan inilah hasilnya selepas kedua-dua bahan bersatu... hehehe, tapi yang nie dah kali kedua aku tambah air masak, so warna dan rasa kurang pekat dari yang pertama tadi yang memang pekat dan melekat habis la.... hehehhe. 
Okey semua, selamat mencuba.......


cinta hati
  -Eina-

Tuesday, January 6, 2015

Projek Baru

Assalamualaikum semua.... selamat bersiaran di tahun baru hehehehe. 
Tajuk entry tak boleh blah langsung kan,,, meh..meh...meh... sebenarnya disebalik semua nie aku ada satu projek untuk menyiapkan atau lebih sesuai membaikpulihkan keadaan rumah sewa aku sekarang nie. 

Sebelum nie, aku ngan pak rahmat memang bercadang nak pindah rumah selepas nikah ari tu, yelah kan rumah tu keadaannya kurang memuaskan sikit sebab dah la lamakan, tingkat 4 plak tue. Umah yang aku duduk nie xde lif ye, sila lah naik tangga. Walaupun umah lama, keadaannya masih elok cuma kurang penjagaan jer la. Bagi aku masih boleh diduduki la, cuma perlu baik pulih ja...

memandangkan keadaan kewangan aku ngan pak rahmat masa tu kurang memberangsangkan so, aku decide tak jadi pindah umah. kiteorang just stay kat situ sampailah kiteorang beli umah sendiri. Tapi tak tahu lah, bila masanya aku nak beli umah sendiri tu, dah la aku nie, kalau nak beli rumah, tak nak umah apartment yang bertingkat-tingkat tue. Aku nak rumah bawah, tak kisah la teres ke, BANGLO ke.... heheheh.... yang penting atas tanah. Senang aku nak nak becucuk tanam nanti....

Pada pemulaannya, aku mmg berkeras lah nak pindah, yelah dah lama aku stay umah tu, kalau tak silap selepas 5 bulan aku datang kerja kat Ke El nie la, dah hampir 7 tahun kot... kalau umur baby masa tu, dah masuk darjah satu kot.... eh mai mana plak baby nie.... nampak sangat teringgin nak ada baby nie,,,,,,  kui...kui...kui... sorok muka bawah bantal....... 
ape yang aku dok merepek meraban ni, ok berbalik kepada cerita asal....

Peringkat permulaan aku betulkan paip singki ngan betulkan lampu dapur yang rosak. Rasanya dah lama aku tak masak malam, sejak dapur aku terbakar 2 tahun lepas. Salah aku juga yang cuai dan nnt kalau rajin aku ceritakan ye.

Cuti tahun baru ari tu, aku ngan pak rahmat pergi kaison kat festival city kat setapak sana, gigih aku pergi sampai setapak sebab nak cari wall paper jer. Aku dok servey2 kat google dan ramai orang kata kat kaison adalah tempat yang boleh dapat wall paper yang murah. So, apa lagi aku bedal la 5 gulung wal paper kat situ, rabak poket aku sebab aku yang beriya-iya nak beli juga hari tu, pak rahmat maintain je, sebab aku yang membayar kan......kan.....kan....
tapi sampai sekarang pun aku belum pasang lagi wall paper tu sebab tak der masa. mana taknye ari minggu lepas aku demam sebab tonsil, nak tunggu minggu ni plak, dapat or tak pasang tak tahu la aku.... ikut mood juga la.... hehehehe

Plan aku lepas tu, nak beli tikar getah pula dan sekarang nie tengah servey kat mana ada jual tikar getah yang murah dan menjimatkan.... ahahhaha macam iklan plak....

Okey la, itu dulu perancangan aku untuk rumah, nanti bila aku dah siap pasang aku akan tempek gambar kat sini ye.....



cita hati
 -Eina-