Tuesday, April 7, 2015

Peti Sejuk Oh Peti Sejuk

Holaaaa dan salam bersiaran kembali... agak lama juga aku tak mengomel dalam belog nie, masa begitu mencemburui aku.... hahahha.....cewahhhh cakap macam la sibuk sangat. Padahal dasar pemalas nak menghapdet belog....

Hari nie aku cerita pasal aku membeli peti sejuk yang sememangnya aku sudah bertahun hidup tanpanya. Boleh dikatakan semenjak housemate aku, Jie tu pindah keluar sebab dah kawen dah beranak pinak dah pun, sampailah sekarang hidup aku memang tak de peti sejuk kat umah. Hebat tak aku.....hahahaha.....
Yela, Jie pindah kalau tak salah aku, 3 tahun lepas kot, sampai la sekarang aku memang tak beli peti sejuk... boleh bayangkan tak hidup tanpa peti sejuk... tambah lagi, bila time beli barang basah untuk masak yang pastinya cepat rosak kalau xsimpan dalam peti sejuk, mcm ayam ke, ikan ke, sayur ke.... 
Tapi HAKIKAT sebenarnya aku memang jarang sangat memasak....hahahahaha 

Sebenarnya masa aku mula-mula pindah ke rumah sewa aku tue, ada la juga peralatan elektrik yang penting seperti TV, kipas angin, iron dan termasuklah PETI SEJUK aku beli untuk kegunaan harian. Yela kan, tak nak pergi keja dengan baju tak bergosok kan,,,,, So, memang melayang la duit aku masa beli kelengkap yang ala kadar tu. 
Okey cerita pasal peti sejuk nie, masa aku beli peti sejuk aku beli yang kecik je memandangkan aku berdua jer dengan Jie masa tu. Yela umah yang aku sewa tu pun ada 2 bilik jer, so bagi aku sesuai la bagi kegunaan kami berdua. Aku ingat lagi, peti sejuk yang aku beli jenama LG dan harganya kalau tak salah aku dalam RM500 gak la.
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujang ditengahari.... hahahhaa ape kena mengena pun aku tak tau.... sebab jangka hayat peti sejuk yang aku beli tu tak lama. Ini kerana
getah kat pintu peti sejuk mcm dah haus dan lama-lama pintu tak boleh tutup rapat sampailah tak boleh tutup langsung. Sejak dari hari tue, aku memang tak ada peti sejuk kat umah.

lebih kurang design mcm nie lah peti sejuk yang aku beli tue (gambar sumbangan encek google)
Mesti korang pelik kan, mcm mana aku boleh hidup tanpa peti sejuk selama tue. sebenarnya kalau aku bershopping sakan, terutama bila aku pergi Mydin Mall kat Subang tue, aku akan tumpang barang basah yang aku beli tu kat umah kawan aku yang tinggal kat tingkat 3 blok umah aku tu. Tapi selalunya, aku akan beli barang basah tu, cukup-cukup untuk sekali masak saja. Kalau nak ikutkan memang rugi, tetapi nak buat camne sebab umah tak de peti sejuk kan.

Memandangkan sudah lama aku takde peti sejuk kat umah, dari bujang sampailah dah kawen, maka Pak Rahmat bercadang nak beli peti sejuk. Bermulalah pencarian peti sejuk yang memenuhi citarasa aku dengan harga yang berpatutan... hahahhaa. Boleh mcm tue.....
Pada mulanya Pak Rahmat bercadang nak beli secara cash tetapi atas sebab-sebab tertentu kami memilih untuk membeli secara ansuran. Bak kata Pak Rahmat, duit lebihan untuk bayaran peti sejuk tue, digunakan untuk membayar insuran dan roadtax keta aku. Macam nie kehidupan bila kerja makan gaji yang gajinya hanya kais bulan makan bulan...... sop...sop....sop.... sedeylapairmata....apa yang aku melalut nie...

Pencarian bermula dengan kedai elektrik yang ada di sekitar area umah dan Sungai Besi tetapi semua hampa dan keciwa sebab tak ada peti sejuk yang mempunyai ciri-ciri aku nak. Wah!!!! kelas ko jah, nak beli peti sejuk pun nak tengok ciri-ciri... bagi aku haruslah sebab nak pakai lama kot. hahahaha...

Selepas satu kedai ke satu kedai elektrik aku masuk tapi tak ada satu pun tawaran menarik untuk membuatkan aku tertarik. Oleh kerana tiada pilihan yang menarik, aku ngan Pak Rahmat bercadang nak pergi tanya kat Singer. Lepas berbual panjang ngan akak staf singer tu, kami macam tertarik kat satu peti sejuk nie, tapi harganya boleh tahan jugalah dalam RM2K lebih gak la. Memandangkan kami nak beli secara ansuran, so aku tak kisah sangat sebab memang dah taw, yang harganya akan menjadi 2X ganda mahal. Akak tu gitau aku ngan Pak Rahmat, dokumentasi yang diperlukan untuk proses pembelian peti sejuk dan salah satu daripadanya adalah salinan bil. Tak kisah la bil air ke, bil elektrik ke, bil astro ke janji bil yang menunjukkan aku ngan Pak Rahmat sememangnya penghuni di rumah sewa kitaorg sekarang. 

 Al kisahnya bermula apabila aku tak tahu kat mana aku letak semua bil-bil tersebut. Kalau ikutkan bil air adalah kat umah tu, tapi kat bil tu xde pula alamat penuh cuma ada no. pintu je, so memang sah-sah tak boleh guna. Bil elektrik pula, aku memang tak penah bayar sebab bil elektrik umah aku tak sampaipun RM20.00 sebulan. Manakala bil astro pula, aku bayar guna online kat Maybank2U so, xde la aku simpan bila bil tu sampai, sebab memang sah-sah lah aku bayar amaun yang sama setiap bulan. Maka, dengan itu tertangguhlah hasrat aku ngan Pak Rahmat nak beli peti sejuk sebab nak kena tunggu bil bulan depan pula. huhuhu.... termenungtepitingkapmengenangnasibdiri.....

Nak dijadikan rezeki kiteorang, hujung minggu lepas aku ajak Pak Rahmat pergi Berjaya TimeSqure (TS) tujuan sebenarnya nak setlekan hutang dengan U-Mobile. Semasa OTW tu, Pak Rahmat, tanya berkenaan dengan kedai KAWANKU sebab dia nampak banner besar kat depan kedai tu tulis perkataan TANPA CENGKERAM. So, kami decide nak singgah, manatau kot-kot ada peti sejuk dengan ciri-ciri yang aku nak tu. 

Sampai jer kat kedai KAWANKU tue, aku ngan Pak Rahmat cari kat area peti sejuk, pilih punya pilih terjumpalah satu peti sejuk ni yang sememangnya mempunyai ciri-ciri yang aku nak tue. Apa lagi, hati berbunga-bungalah nak belikan, tapi Pak Rahmat buat spoil mood aku pula masa tu. Dia nak beli jenama sharp yang aku pula nak beli  jenama toshiba. So, kami berdua keluar kedai tu dengan perasaan hampa dan keciwa sebab tak dapat beli peti sejuk. 

Balik jer umah, aku berbincang balik dengan Pak Rahmat dan kami decide nak beli peti sejuk jenama toshiba yang aku berkenan tu. Pergilah kami berdua ke kedai KAWANKU tu lagi, untuk terus buat pembelian. Bab nak daftar untuk proses pembelian kat KAWANKU nie pun aku macam nak trauma sebab banyak gila kot reference yang dorang nak untuk meyakinkan bahawa kami nie tidak menipu dan akan membayar setiap bulan tanpa gagal.
Staf situ cakap proses untuk kelulusan samada kami layak untuk membuat pembelian barangan kat KAWANKU akan mengambil masa seminggu. So, selepas seminggu (semalam) aku mendapat panggilan daripada KAWANKU yang pembelian aku telah diluluskan dan penghantaran akan dibuat pada hari yang sama juga. Apa lagi gumbira bila mendengar berita yang peti sejuk idaman akan dapat tak lama lagi..... senyumsampaitelinga.....

Jom layan gambar peti sejuk aku yang dibeli kat KAWANKU. Walaupun ianya peti sejuk yang biasa-biasa sahaja, tapi bagi aku ianya memberi seribu makna sebab selepas 3 tahun barulah aku mampu untuk membeli peti sejuk yang baru..... hahahahaha.




gambar blur sebab guna handphone je masa ambik gambar nie 

Psiko tak aku, nak cerita pasal peti sejuk pun sampai panjang berjela mcm nie...... 
#sukahatimakenkolah


cinta hati
-eina psiko-

1 comment: