Monday, April 21, 2014

lepak time

Assalamualaikum semua,
hari ahad ari tue, merupakan reunion kecil bagi aku n the gang iaitu cimah, jie n epul. sebenarnya the gang nie  tak cukup korum sebab ida dah berpindah ke Penang tapi tetap hapenning bila kiteorang semua berjumpa. kredit kepada epul la, sebab dia yang rancang semua nie, kononnya nak beli baju raya. hambooii ko epul, puase pun belum tapi dah beli baju raya ye.... tapi bukan ke aku lagi awal beli kain pasang untuk baju raya... hahaha

pada mulanya kiteorang janji nak berkumpul kat umah aku dan bertolak ke SOGO dengan kereta aku je, tapi perubahan last minute yang tak dapat dielakkan... hehehe... nie sebenarnya salah epul sebab x follow up balik kat jie a.k.a mak buyung... jangan marah ye jie...pastu patutnya jumpa dalam kul 11.30 pagi jadi ke kul 1 petang.... pastu pula, hanya aku ngan cimah je pergi ngan keta sbb epul dengan jie dah pergi naik tren dulu...

sesampai je kiteorang kat SOGO, epul ngan jie dah setia menunggu aku ngan cimah kat Manhatthan n fish market. sebenarnya kiteorang dah berjanji nak makan kat situ sebab tue aku dan epul dah bersedia dengan voucher yang kiteorang beli kat groupon. kiteorang just order air je, itupun buy 1 free 1. memang sebelum nie aku ngan epul plan nak makan kat situ, nak...nak pula, pada masa tu kat groupon  ada promosi, ape lagi sambar je la... hehehe

aku beli fried giant platter dan epul pula, beli manhattan star platter. harga asal platter yang kiteorang belinya sebenarnya RM55.90 tapi dengan voucher groupon tu boleh dapat dengan harga RM47.00 sahaja. tapi bukan tue jer tau, sebab voucher tu ada sekali dengan mesclum salad dan seafood chowder untuk 4 orang makan. sangat berbaloi kan????
 kalau korang nak beli voucher groupon macam aku nie boleh tgk kat sini www.groupon.my. kat sini bukan je ada voucher makanan tau, korang boleh shopping, bercuti dan macam2 lagi la... hehehe... nak taw lebih lanjut tengok sendiri la....

korang layan la gambar-gambar kat bawah nie ye, semua nie la kiteorang makan ari tue, tapi gambar aku lupe nak snap, sebab lapo sangat-sangat masa tue. so aku ambil jer kat website manhattan n fish market.

manhattan star platter, 

fried giant platter

mesclum salad 



seafood chowder

bagi aku sangat jimat dan makanan yang sangat banyak, sampai kiteorang tak habis pun nasi. sebelum aku lupe, set platter ni ada nasi tau kat bahagian bawah tue, so kalau korang nie tekak melayu dan mesti ada nasi, tak payah riso.  memang berbaloi-baloi la kalau korang nak berjimat macam kiteorang nie... hehehehe. 



-Eina-

Thursday, April 17, 2014

minta pandangan

assalamualaikum,,, hari nie aku nak minta pendapat or pandangan kepada yang sudi share la,,, semalam aku ada terima miracle slimming cofee ngan harum malam daripada seorang kawan. sebenarnya kawan aku nie nama dia Kak Naimah (panggilan aku sebenarnya). sebelum nie, kak naimah nie, dia kerja satu department aku kat HQ. Tapi memandangkan dia dan suami dah beli rumah kat Klang so, dia minta tukar ke cawangan Shah Alam. yelah dekat la sikit daripada nak travel dari Klang ke Keel kan...kan... eh ape yang ko melalut nie Eina.....debushhh sekali kat pipi tue.... apa-apa pun thanks kepada kak naimah sebab sudi bagi produk FREE nie...


aku sebenarnya nak tanya berkenaan dengan 2 produk yang aku terima nie, ada tak sape-sape yang pernah try dan kalau dah cuba aku nak tau kesan-kesannya. lagi satu nak aku tak pasti samada produk nia dapat KELULUSAN KKM tak. kalau korang tau macam mana nak semak kelulusan kkm pun boleh gitau aku. manalah tahu aku dapat lagi produk free mcm nie kan.... boleh semak sendiri je... hehehhe...
 bajet nak yang free je kan eina nie.... 

berkenaan harum malam nie, aku sebenarnya xpernah dengar pun produk nie, tapi ramai kawan opis aku cakap, banyak iklan kat FB pasal produk nie, xpe nanti aku pi cari kat FB ye... tapi sekarang nie aku nak tye korang la... boleh kan...kan....kan...  

kawan aku kata harum malam nie khas untuk orang dah kawen je, so sesuai la untuk kak ton yang baru kawen nie, eh.. bukan dah lama ke??? dia kata lagi produk nie untuk penjagaan dalaman wanita, tapi masalahnya sekarang nie yang bagitau kat aku tue pun belum kawen lagi, macam mana tue....hahaha...


-eina-

Monday, April 14, 2014

makeover

assalamualaikum semua...
rasanya sudah lama aku x menconteng muka orang, untuk entry kali nie aku nak mengimbau kembali saat2 masa aku makeover muka kawan aku belajar dulu. nama kawan aku norizan tapi panggilan glamernya pula kiteorang panggil MJ.

untuk pengetahuan korang semua cita-cita kak ton sebenarnya nak jadi MUA (make up artis), tapi disebabkan oleh kekurangan keyakinan diri sendiri, jawabnya MUA kat kawan-kawan je la, hahahaha. namun, kak ton pernah la make up kawan-kawan opis kak ton untuk majlis hari raya company dan annual dinner. cuma sekarang nie setakat tue je la yang mampu, nak lebih-lebih karang orang myampah plah kan,,,eh.... sempat lagi buat iklan plak...

ok. sambung cerita balik, sebenarnya tujuan aku makeover muka MJ nie adalah untuk ambik gambar koleksi tudung aku, sebelum nie kan aku ada cerita pasal aku ada buat bisnes online nie, oleh kerana MJ sudi jadi model x berbayar aku, aku pun makeupkan la muka dia. bagi aku MJ nie mempunyai kulit muka yang cantik dan senang nak apply makeup kat muka dia. kat bawah nie antara gambar-gambar MJ yang aku ambik semasa sesi fotografi tu... korang layan je la ye,,,, kalau cantik komen ye, tapi kalau tak cantik korang diam-diam je la ye... 




























P/S - nanti kalau aku rajin aku akan upload pic aku plak ye.... kak ton pun nak glamer gakk.... haik tui..........muntah darah korang dengar kan....


-Eina-

Sunday, April 13, 2014

tinggal kenangan

assalamualaikum semua, 
aktiviti aku bulan lepas adalah membantu family pak rahmat a.k.a MIL n FIL aku berpindah dipaksa pindah sebenarnya dari Kuala Selangor ke Sungai Besar. Isu pindah memindah nie sebenarnya dah lama berlaku tapi baru-barunya jer isu ni berbangkit semula... nak or x nak MIL n FIL terpaksalah berpindah jua..... memandangkan tanah tersebut tidak didaftarkan atas nama datuk pak rahmat. 

  inilah rumah MIL aku tue, bila pak rahmat tengok umah nie, sayu hati dan dia kata banyak kenangan dia ngan adik beradik kat rumah nie. 
sebelum nie pak rahmat ada bagitau kat aku yang tanah tapak rumah MIL aku tue dah dibeli oleh datuk pak rahmat tapi masa urusan jual beli tanah tue, takde pertukaran nama dibuat, dan urusan pembelian hanya dibuat atas dasar kercayaan saja. selepas datuk pak rahmat dan bekas tuan tanah meninggal, anak kepada bekas tuan tanah pergi menuntut tanah tersebut, padahal dia sememangnya tahu bahawa tanah tersebut sebenarnya telah dijual oleh bapanye. memandangkan tiada bukti pembelian tanah tersebut, MIL n FIL aku terpaksa keluar dari tanah tue... dengan perasaan berat hati MIL n FIL aku terpaksa akur dengan permintaan anak bekas tuan tanah tue... tapi yang paling sedih sekali, MIL akulah... sebab sebelah rumah MIL aku ada sebuah lagi rumah iaitu rumah datuk pak rahmat. kirenya rumah MIL aku dibesarkan la...

ini pula rumah wan pak rahmat, tapi wan dah pindah dari rumah setahun yang lalu dan sekarang nie wan tinggal dengan pak long (bapa saudara pak rahmat).
yang tugu negara depan pic nie cucu cek jeenai a.k.a FIL aku la... ehehhehehe ampun abah...

gambar nie masa bahagian depan belom dirobohkan lagi....
aktiviti berkumpul bermula pada malam jumaat dimana semua adik-beradik pak rahmat berkumpul. bermula dengan keluarga along, angah, alang, ana, wana, billa n fiedah. semuanya balik berkumpul di rumah MIL aku memandangkan pada besoknya rumah tue dah nak kena roboh. lepas berborak-borak dan mengimbau kenangan masa dorang kecik2 dolu..dolu.. aku dengar je la...
aku ada ambil sekeping
gambar pak rahmat masa kecil, nnt aku upload ye... klaka gile... hhahhha.... along kata pak rahmat nie masa kecik2 dulu kreatif, pantang nampak kotak semuanya nak dibuat kereta, tapi sekarang bila dah besar, nan hadoiii maalasss bebenor nak bawa keta, aku je asyik jadi driver dia.....

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
chumel x pak rahmat masa nie.....
hahahha.....

-Eina-