Assalamualaikum semua,
hari ahad ari tue, merupakan reunion kecil bagi aku n the gang iaitu cimah, jie n epul. sebenarnya the gang nie tak cukup korum sebab ida dah berpindah ke Penang tapi tetap hapenning bila kiteorang semua berjumpa. kredit kepada epul la, sebab dia yang rancang semua nie, kononnya nak beli baju raya. hambooii ko epul, puase pun belum tapi dah beli baju raya ye.... tapi bukan ke aku lagi awal beli kain pasang untuk baju raya... hahaha
pada mulanya kiteorang janji nak berkumpul kat umah aku dan bertolak ke SOGO dengan kereta aku je, tapi perubahan last minute yang tak dapat dielakkan... hehehe... nie sebenarnya salah epul sebab x follow up balik kat jie a.k.a mak buyung... jangan marah ye jie...pastu patutnya jumpa dalam kul 11.30 pagi jadi ke kul 1 petang.... pastu pula, hanya aku ngan cimah je pergi ngan keta sbb epul dengan jie dah pergi naik tren dulu...
sesampai je kiteorang kat SOGO, epul ngan jie dah setia menunggu aku ngan cimah kat Manhatthan n fish market. sebenarnya kiteorang dah berjanji nak makan kat situ sebab tue aku dan epul dah bersedia dengan voucher yang kiteorang beli kat groupon. kiteorang just order air je, itupun buy 1 free 1. memang sebelum nie aku ngan epul plan nak makan kat situ, nak...nak pula, pada masa tu kat groupon ada promosi, ape lagi sambar je la... hehehe
aku beli fried giant platter dan epul pula, beli manhattan star platter. harga asal platter yang kiteorang belinya sebenarnya RM55.90 tapi dengan voucher groupon tu boleh dapat dengan harga RM47.00 sahaja. tapi bukan tue jer tau, sebab voucher tu ada sekali dengan mesclum salad dan seafood chowder untuk 4 orang makan. sangat berbaloi kan????
kalau korang nak beli voucher groupon macam aku nie boleh tgk kat sini www.groupon.my. kat sini bukan je ada voucher makanan tau, korang boleh shopping, bercuti dan macam2 lagi la... hehehe... nak taw lebih lanjut tengok sendiri la....
kalau korang nak beli voucher groupon macam aku nie boleh tgk kat sini www.groupon.my. kat sini bukan je ada voucher makanan tau, korang boleh shopping, bercuti dan macam2 lagi la... hehehe... nak taw lebih lanjut tengok sendiri la....
korang layan la gambar-gambar kat bawah nie ye, semua nie la kiteorang makan ari tue, tapi gambar aku lupe nak snap, sebab lapo sangat-sangat masa tue. so aku ambil jer kat website manhattan n fish market.
manhattan star platter, |
fried giant platter
mesclum salad
seafood chowder
|
bagi aku sangat jimat dan makanan yang sangat banyak, sampai kiteorang tak habis pun nasi. sebelum aku lupe, set platter ni ada nasi tau kat bahagian bawah tue, so kalau korang nie tekak melayu dan mesti ada nasi, tak payah riso. memang berbaloi-baloi la kalau korang nak berjimat macam kiteorang nie... hehehehe.
-Eina-
No comments:
Post a Comment