Sunday, April 13, 2014

tinggal kenangan

assalamualaikum semua, 
aktiviti aku bulan lepas adalah membantu family pak rahmat a.k.a MIL n FIL aku berpindah dipaksa pindah sebenarnya dari Kuala Selangor ke Sungai Besar. Isu pindah memindah nie sebenarnya dah lama berlaku tapi baru-barunya jer isu ni berbangkit semula... nak or x nak MIL n FIL terpaksalah berpindah jua..... memandangkan tanah tersebut tidak didaftarkan atas nama datuk pak rahmat. 

  inilah rumah MIL aku tue, bila pak rahmat tengok umah nie, sayu hati dan dia kata banyak kenangan dia ngan adik beradik kat rumah nie. 
sebelum nie pak rahmat ada bagitau kat aku yang tanah tapak rumah MIL aku tue dah dibeli oleh datuk pak rahmat tapi masa urusan jual beli tanah tue, takde pertukaran nama dibuat, dan urusan pembelian hanya dibuat atas dasar kercayaan saja. selepas datuk pak rahmat dan bekas tuan tanah meninggal, anak kepada bekas tuan tanah pergi menuntut tanah tersebut, padahal dia sememangnya tahu bahawa tanah tersebut sebenarnya telah dijual oleh bapanye. memandangkan tiada bukti pembelian tanah tersebut, MIL n FIL aku terpaksa keluar dari tanah tue... dengan perasaan berat hati MIL n FIL aku terpaksa akur dengan permintaan anak bekas tuan tanah tue... tapi yang paling sedih sekali, MIL akulah... sebab sebelah rumah MIL aku ada sebuah lagi rumah iaitu rumah datuk pak rahmat. kirenya rumah MIL aku dibesarkan la...

ini pula rumah wan pak rahmat, tapi wan dah pindah dari rumah setahun yang lalu dan sekarang nie wan tinggal dengan pak long (bapa saudara pak rahmat).
yang tugu negara depan pic nie cucu cek jeenai a.k.a FIL aku la... ehehhehehe ampun abah...

gambar nie masa bahagian depan belom dirobohkan lagi....
aktiviti berkumpul bermula pada malam jumaat dimana semua adik-beradik pak rahmat berkumpul. bermula dengan keluarga along, angah, alang, ana, wana, billa n fiedah. semuanya balik berkumpul di rumah MIL aku memandangkan pada besoknya rumah tue dah nak kena roboh. lepas berborak-borak dan mengimbau kenangan masa dorang kecik2 dolu..dolu.. aku dengar je la...
aku ada ambil sekeping
gambar pak rahmat masa kecil, nnt aku upload ye... klaka gile... hhahhha.... along kata pak rahmat nie masa kecik2 dulu kreatif, pantang nampak kotak semuanya nak dibuat kereta, tapi sekarang bila dah besar, nan hadoiii maalasss bebenor nak bawa keta, aku je asyik jadi driver dia.....

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
chumel x pak rahmat masa nie.....
hahahha.....

-Eina-



No comments:

Post a Comment