Monday, March 30, 2015

Happy Besday Sayang a.k.a Pak Rahmat...

Salam bersiaran kembali memandangkan sudah lama aku menjegah kat Velog nie.... Rasa macam sibuk sangat, tapi aku pun tak tau apa yang aku dok sibukkan tu... boleh ke mcm tue.... alahai rasa makin tua dah aku nie....

Hari nie, aku nak coretkan berkenaan dengan aktiviti aku minggu lepas bersempenakan besday Pak Rahmat. Seperti biasa, aku memang tak der la buat makan-makan or party tuk Pak Rahmat. Dah besar kot, tak payah la nak besday party bagai kan. Sambutan dibuat hanya aku ngan Pak Rahmat je, itupun buat kat rumah lepas kiteorang balik keja. Tak der nak suprise bagai, otw balik keja ajak Pak Rahmat singgah kedai kek kat area umah sebab nak belikan kek untuk besday boy...
Untuk kek, aku beli yang slice jer tapi aku hangkut sekali 4 slice kot. Hambik ko, sebab tak tau nak ambik mana, tengok semua nampak sedap. Alhamdulillah, semua kek tue habis dibedal oleh aku ngan Pak Rahmat.  

sila abaikan keadaan kek yang comot tue ye....


Nie la 4 jenis kek yang aku beli minggu lepas, tapi jangan tanya kek apa ye, sebab aku ingat satu jenis je iaitu red velvet. Yang tulis coffe tu memang sah-sah la ada perisa kopi di dalamnya tetapi nama kek tu aku memang tak tau....


Memandangkan Pak Rahmat puasa hari tue, so acara meniup lilin dan memakan (ada ke perkataan nie..) kek dibuat selepas magrib. Untuk makan malam pun aku beli jer kat luar sebab aku tak der masa nak masak. Ye la, sampai umah pun dah kul 7 lebih, kalau nak aku masak, jawabnya lepas Isyak la baru boleh makan,,,, hahahahaa...

Korang mesti nak taw kan, apa hadiah aku bagi kat Pak Rahmat bersempenakan hari bertambah tua beliau... hehehehe....
Jom Tengokkkkkkk

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

..... Jam Tangan...... (gelapnya tangan laki akuu.....)
Sebenarnya ada sebab kenapa aku hadiah kan jam tangan kat Pak Rahmat. Yang petama adalah aku yang myebabkan jam tangan dia rosak masa kiteorang gaduh-gaduh manja dulu.
Sebab kedua adalah kerana aku sangat stresss bila dia asyik tanya kat aku JAM KUL BAPE SEKARANG???? padahal dia boleh tgk je kat hp de kan....
Dan yang ketiga adalah aku memang nak belikan dia jam baru. Sebab jam yang lama (yang dah rosak tue) mcm dah buruk sangat......

Selesai jer sesi makan-makan dan rehat, pada malam tue juga aku ngan Pak Rahmat bertolak balik ke Sungai Besar sebab Pak Rahmat kata, dia dah lama tak balik jumpa mak ngan abah...

Bersambung........


 cinta hati
  -Eina-

Thursday, March 12, 2015

Bumbung Umah Bocor Lagi...

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali semua.......
lebih kurang seminggu gak la tak menjegah kat belog aku nie.  Rasa sibuk mengalahkan Perdana Menteri plak kan sampai tak de masa nak menghapdet velog sendiri a.k.a diari kehidupan aku nie. Padahal aku tak de la sesibuk mana pun, sepanjang minggu lepas aku menjalankan kehidupan harian seperti biasa ja....

Hari nie sebenarnya aku cerita pasal bumbung umah aku bocor lagi, Ops!!! umah yang aku sewa sekarang sebenarnya. Sebelum nie aku penah cerita pasal bumbung umah aku bocor sampai rosak barang-barang persediaan kawen aku, termasuklah baju untuk aku pakai akad nikah. boleh rujuk SINI
Fuhhhhhhh.... nasib baik boleh di selamatkan lagi masa tue... kalau tak, mahu meraung aku nak cari baju nikah yang lain. Yelah, aku nie kan saiz special sikit... susah kot kalau last minute.

Memandangkan sejarah telah berulang kembali, aku nekad untuk bercakap sendiri dengan owner rumah a.k.a Uncle Toh. Untuk pengetahuan korang, sebelum nie segala urusan aku berkenaan dengan rumah sewa aku tue, aku berurusan dengan Auntie Teoh. Tapi tahap stress aku bertambah bila berurusan dengan Auntie Teoh nie... tapi lain kali la aku cerita kenapa aku boleh jadi lagi strees dengan Aso nie. 

Selepas beberapa kali berhubung dengan owner rumah melalui pangilan telefon, aku menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan Uncle Toh tu sendiri. Bagi aku lebih senang berurusan apabila bertentang mata... (cewahhhh macam orang bercinta la plak kan.... hehehehhe..). 
Lepas dah buat temujanji dengan Uncle Toh nie, pada hari dan masa yang ditetapkan, maka bertemulah aku dengan Uncle Toh tue. Aku bagitau la, macam mana nasib aku bila kena menghadapi keadaan bila bumbung umah tu bocor sebab banyak barang aku  dah rosak. Pada mulanya, Uncle Toh nie boleh pula de suruh aku letakkan baldi or besen kat tempat bocor tue jer,,, boleh macam tue??? apa lagi hangin la aku satu badan, tak kan nak hidup macam tue selamanya kot... dah lah start bulan nie dia dah naikkan sewa rumah lagi RM50.00. 

Helloooooo..... dia ingat aku nie dok kat umah tue sebulan je kot, tak kan sepanjang tahun aku nak mengadap benda tue je, bila hujan je letak baldi n besen. Dia ingat cerita P.Ramli ke nak buat macam tue. Dengan perasaan tak puas hati, aku selalu call dan follow up kat dia berkenaan dengan bumbung bocor tu. Lepas tue, aku selalu cakap kat dia, bumbung bocor tu kat bahagian lampu dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas or kemungkinan besar boleh berlaku kebakaran. Mungkin dia pun dah stress dengan aku, pastu dia upah untuk orang betulkan bumbung tue. 

Untuk peringkat permulaan, bumbung umah aku hanya di baiki kat bahagian yang bocor jer. Kontraktor yang betulkan bumbung tue kata, bumbung kat umah aku tue sudah teruk dan sepatutnya diganti yang baru. Tapi nak buat mcm ne, kalau owner tak nak buatkan. Bagi aku, itupun sudah ok jika nak bandingkan dengan aku kena letak baldi dan besen kan. 

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Huwaaaaa......tak sampaipun 3 bulan berlalu, bumbung tu bocor lagi. bertambah-tambah la stress aku nak mengadap owner rumah tu. Bukannya ape, aku malas la nanti dia ingat aku nie kerja nak komplen je kan.... tapi itulah hakikatnya....

Sekarang nie Alhamdulillah, aku rasa tahap stress aku dah berkurang kot sebab semalam (12.3.2015), bumbung rumah aku digantikan dengan yang baru semua sekali. Tapi, semasa pemasangan bumbung tu dibuat aku tak de kat umah, so aku tak tau nak kata mcm mana lagi, sebab aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kalau nak tahu berhasil atau tak dengan pemasangan bumbung yang baru nie, kena tunggu hujan turun la, baru aku boleh taw samada ok or tak ok. Eh! boleh ke mcm tue... 
hehehehe....

Aku harap semuanya ok la lepas nie, lagipun aku sebenarnya dah malas nak call owner cakap pakara yang sama ja...... marilah kita semua berdoa semoga semuanya lepas ni menjadi lebih baik tak kiralah apa yang kita lakukan....
o.k la, nak sambung buat kerja pula.... bye....



cinta hati
    Eina

Thursday, March 5, 2015

Sudah Tuakah Aku??????

Assalamualaikum... dan salam bersiaran kembali. Sudah lama rasanya aku tak menghapdet belog aku nie, dah bersawang juga lah.... hahahhaa....

Tanpa disangka pagi tadi aku telah melakukan aksi berani matilah... bila mengenangkan nasib aku memang baik sebab tak de apa2 terjadik kat aku. Tapi bila di fikirkan balik, kelako pun ada juga... hahahha... nak tahu apa aksi berani mati aku?????
 jom ikuti jalan ceritanya..... macam cerita hikayat Hang Tuah plak....

Selepas pak rahmat dapat kerja kat area KL, pergi dan balik kerja aku dihantar dan di jemput oleh pak rahmat. Yela, memandangkan arah perjalanan yang sama dan jarak opis aku ngan pak rahmat pun tak jauh, secara tak langsung aku dapat jimat dah kat situkan...

Seperti biasa hari nie aku ngan pak rahmat pergi kerja bersama-sama tapi kami keluar rumah lewat sikit sebab aku bangun lambat... tapi sebenarnya aku memang hari-hari lambat... hahaha 
cuma hari lagi lambat dari hari-hari biasa.....
Dah lah aku kuar umah lambat, pastu kena pula ambik barang avon yang member opis oder kat keta. Dalam dok kalut2 ambik barang avon dengan beg kat dalam kereta aku xsedar yang aku terlupa ambik satu barang lagi yang penting. Padahal setiap hari kot aku ambik kalau aku nak pi kerja, tapi tak tau pulak macam mana hari nie aku boleh lupe... Nampak sangat aku dah tua... huwaaaaaaaaaaaaa.... 

Mesti korang nak taw apakah barang penting yang aku lupe tue kan??? jom kita tengok apakah bendanya

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
gambar dari encik google.... helmet aku lebih kurang macam nie la.....

Inilah benda penting yang aku lupa nak ambik pagi tadi. Korang bayangkan perjalanan aku dari rumah, Bandar Tun Razak sampai ke AmanahRaya. Sepanjang perjalanan aku tak pakai helmet, bukan ke kerja gila dan berani mati namanya???

Walau macam mana pun aku bersyukur sepanjang aku pagi tadi tak de apa perkara buruk yang berlaku. 
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara aku dan Pak Rahmat sepanjang perjalanan kami pagi tadi...

Sebagai balasan akibat lupe nak bawa helmet, jawabnya balik kerja nanti kena naik tren la.... nasib baik umah dengan stesen LRT tak jauh....


budak pelupa
   -Eina-