Thursday, March 12, 2015

Bumbung Umah Bocor Lagi...

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali semua.......
lebih kurang seminggu gak la tak menjegah kat belog aku nie.  Rasa sibuk mengalahkan Perdana Menteri plak kan sampai tak de masa nak menghapdet velog sendiri a.k.a diari kehidupan aku nie. Padahal aku tak de la sesibuk mana pun, sepanjang minggu lepas aku menjalankan kehidupan harian seperti biasa ja....

Hari nie sebenarnya aku cerita pasal bumbung umah aku bocor lagi, Ops!!! umah yang aku sewa sekarang sebenarnya. Sebelum nie aku penah cerita pasal bumbung umah aku bocor sampai rosak barang-barang persediaan kawen aku, termasuklah baju untuk aku pakai akad nikah. boleh rujuk SINI
Fuhhhhhhh.... nasib baik boleh di selamatkan lagi masa tue... kalau tak, mahu meraung aku nak cari baju nikah yang lain. Yelah, aku nie kan saiz special sikit... susah kot kalau last minute.

Memandangkan sejarah telah berulang kembali, aku nekad untuk bercakap sendiri dengan owner rumah a.k.a Uncle Toh. Untuk pengetahuan korang, sebelum nie segala urusan aku berkenaan dengan rumah sewa aku tue, aku berurusan dengan Auntie Teoh. Tapi tahap stress aku bertambah bila berurusan dengan Auntie Teoh nie... tapi lain kali la aku cerita kenapa aku boleh jadi lagi strees dengan Aso nie. 

Selepas beberapa kali berhubung dengan owner rumah melalui pangilan telefon, aku menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan Uncle Toh tu sendiri. Bagi aku lebih senang berurusan apabila bertentang mata... (cewahhhh macam orang bercinta la plak kan.... hehehehhe..). 
Lepas dah buat temujanji dengan Uncle Toh nie, pada hari dan masa yang ditetapkan, maka bertemulah aku dengan Uncle Toh tue. Aku bagitau la, macam mana nasib aku bila kena menghadapi keadaan bila bumbung umah tu bocor sebab banyak barang aku  dah rosak. Pada mulanya, Uncle Toh nie boleh pula de suruh aku letakkan baldi or besen kat tempat bocor tue jer,,, boleh macam tue??? apa lagi hangin la aku satu badan, tak kan nak hidup macam tue selamanya kot... dah lah start bulan nie dia dah naikkan sewa rumah lagi RM50.00. 

Helloooooo..... dia ingat aku nie dok kat umah tue sebulan je kot, tak kan sepanjang tahun aku nak mengadap benda tue je, bila hujan je letak baldi n besen. Dia ingat cerita P.Ramli ke nak buat macam tue. Dengan perasaan tak puas hati, aku selalu call dan follow up kat dia berkenaan dengan bumbung bocor tu. Lepas tue, aku selalu cakap kat dia, bumbung bocor tu kat bahagian lampu dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas or kemungkinan besar boleh berlaku kebakaran. Mungkin dia pun dah stress dengan aku, pastu dia upah untuk orang betulkan bumbung tue. 

Untuk peringkat permulaan, bumbung umah aku hanya di baiki kat bahagian yang bocor jer. Kontraktor yang betulkan bumbung tue kata, bumbung kat umah aku tue sudah teruk dan sepatutnya diganti yang baru. Tapi nak buat mcm ne, kalau owner tak nak buatkan. Bagi aku, itupun sudah ok jika nak bandingkan dengan aku kena letak baldi dan besen kan. 

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Huwaaaaa......tak sampaipun 3 bulan berlalu, bumbung tu bocor lagi. bertambah-tambah la stress aku nak mengadap owner rumah tu. Bukannya ape, aku malas la nanti dia ingat aku nie kerja nak komplen je kan.... tapi itulah hakikatnya....

Sekarang nie Alhamdulillah, aku rasa tahap stress aku dah berkurang kot sebab semalam (12.3.2015), bumbung rumah aku digantikan dengan yang baru semua sekali. Tapi, semasa pemasangan bumbung tu dibuat aku tak de kat umah, so aku tak tau nak kata mcm mana lagi, sebab aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kalau nak tahu berhasil atau tak dengan pemasangan bumbung yang baru nie, kena tunggu hujan turun la, baru aku boleh taw samada ok or tak ok. Eh! boleh ke mcm tue... 
hehehehe....

Aku harap semuanya ok la lepas nie, lagipun aku sebenarnya dah malas nak call owner cakap pakara yang sama ja...... marilah kita semua berdoa semoga semuanya lepas ni menjadi lebih baik tak kiralah apa yang kita lakukan....
o.k la, nak sambung buat kerja pula.... bye....



cinta hati
    Eina

No comments:

Post a Comment