Thursday, August 13, 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan AmanahRaya

Assalamualaikum dan salam ceria kembali.... hahahah bab makan jer terus ceriakan... dasar hantu makan. Eh, tengok badan la kan....meh...meh...meh... 
Dah lama aku buka diari maya aku nie, bukan sebab sibuk sangat tapi sebab malas nak menaip. Takde ke sistem yang cakap jer terus kluar sepatah-sepatah perkataan... kan senang mcm tue kan.... tengok la tue, memang dasar pemalas.....

Ops!!!! sudah lari dari tajuk utama la, aku sebenarnya cerita pasal majlis hari raya kat opis aku yang berlangsung 11 Ogos lepas. Selain tu juga, ada satu lagi majlis hari iaitu majlis hari hari untuk deparment aku yang berlangsung pada 7 Ogos lepas, tapi untuk majlis tu, aku akan story lain kali ye diari maya....

Sebenarnya setiap tahun, aku memang menunggu sambutan Hari Raya AmanahRaya nie, sebabnya mesti vavavommm punya la....mana idaknya kan, Majlis Hari Raya AmanahRaya kot.... 
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari... cewahhhh berperibahasa plak aku nie,,, 
Yer la, mana tak nya bagi aku majlis memang dah okey la, tapi bab makanan plak memang kelaut semuanya... malas plak aku nak storymory kat sini, pendek kata majlis tersebut hanya suam-suam kuku jer....

Kemeriahan majlis tu hanya disebabkan oleh adanya artis jemputan iaitu Dato' Hattan dan Abby Yus, klu tak der dorang nie rasanya lagi hambar kot majlis tu...

Walaupun majlis ala-ala suam-suam kuku ja,,, aku ngan geng-geng seangkatan boleh tahan la meriahnya...hehehehe.... yela kan, kata majlis hari raya mesti la hepening kan,,,, 
Jom layan pic yang aku sempat ambik masa majlis tu.... malas nak cerita banyak.... jangan sampai muntoh ijao sudah ler..... heheheh


































































Okey dah habisss.....


love
Eina

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua, dah lama rasanya tak mencorek kenangan kat diari maya aku nie. Rasanya banyak spider dah buat sarang sampai boleh jadi bersawang nie.... hahahaha... yela mana taknya, sepanjang ramadhan satu coretan pun aku tak catitkan kat sini... al maklum lah, sibuk katakan...(padahal mood asyik kelaut jer dua tiga menjak nie... tak tau nape....)

Macam mana dengan persiapan raya korang semua? bape helai baju raya tahun nie? banyak ke buat kuih raya tahun nie? 
or beli jer mcm aku nie... hahahhaha  tengok tue nampak bebenor pemalasnya.... Amboi soklan ko kak Jah bertubi-tubi, mengalahkan wartawan gosip plak... hahahha
Bagi aku tahun nie, semua persiapan ala kadar jer, ikut seruan kerajaan katakan.... heheheheh.... Kuih raya pun beli dua tiga jenis jer untuk makan sendiri. Tu pun Pak Rahmat dah balun tinggal setengah balang.... rasanya kuih raya yang habis sebelum raya lagi... meh..meh...meh...

Untuk tahun nie, aku sempat lah jahit baju kurung sepasang dua untuk diri sendiri tapi sampai sekarang masih belom siap lagi.. hehehhe... InsyaAllah sempat siap tue... nak sedapkan ati sendiri la tue... Kalau nak ikutkan persiapan untuk raya nie, aku belom settle sepenuhnya lagi sebab kasut ngan tudung aku belom beli dan Pak Rahmat plak seluar jeans ngan T-shirt de pun belom beli. Ingatkan petang nie lepas keja baru nak p jenjalan kat SOGO jap. Hope ada lah lagi baju-baju yang cantik-cantik kan,,, sebab shoping last minute nie selalunya tinggal yang tak bape nak cantik dah...huk..huk...huk.... 

Korang Raya mana tahun nie? aku raya tahun nie, turn belah Pak Rahmat, so memang aku tak buat apa-apa persiapan la, sebab 1st time aku raya sana untuk Aidilfitri nie. Masa raya Aidiladha ari tue, kami balik rumah MIL aku juga tapi kitaorang bertolak balik kampung pun dah tengahari. Kiranya pagi raya tu aku raya kat KL dulu tapi lepak kat umah jer lah... tak de la aku nak menyediakan rendang or ketupat.
Walaupun tahun nie turn Pak Rahmat, aku tetap akan balik Kedah dan mungkin raya ketiga aku balik kedah. Yela mana boleh tak balik kan, sekarang nie kan musim buah. So, Haruslah aku balik Kedah jugakkkk......

Okey la, banyak pula aku melalut nie, aku harap aku lewat nak ucapkan selamat berpuasa dan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.....
(KOSONG KOSONG YER...)

P/S: kepada yang akan bertolak balik ke kampung tue, berhati-hati di jalan raya sebab banyak kereta sekarang nie dan semoga selamat sampai ke kampung halaman...
Aku besok petang lepas Pak Rahmat abis keja baru bertolak balik ke Sungai Besar... Hope sangat jalan tak jemmmm kalau tak kenalah bawa roti banyak-banyak......


-Eina-

Friday, June 12, 2015

Mesin Jahit Baru...

Assalamualaikum,,, dan salam bersiaran kembali setelah lama menghilangkan diri.... hehehhe.... aku rasa dah macam chipmores dah aku nie, kejap ada kejap tak de..... hahahahhaa...

Sebenarnya hari nie aku nak cerita pasal mesin jahit yang aku baru beli kat Singer. Kali nie pun aku ambik yang portable juga tapi untuk jahit tepi kain. Lepas nie senang sikit aku nak menjahit baju kan, sebab sebelum nie masalah aku bila nak jahit tepi kain jer kena hantar kedai ataupun pergi umah Kak Milah kat Setiawangsa.. Gigihkan aku, sampai ke Setiawangsa aku pergi semata nak jahit tepi baju... Sebenarnya aku pergi umah Kak Milah bukan nak jahit baju tapi nak jumpa cikenet Fiyya. Rasanya dah lama aku tak jumpa Fiyya, bila tengok kat FB mama dia dah boleh berjalan dah pun.... Rindu pula kat Fiyya.... 

So, bila dah ada mesin jahit baru nie, mcm-mcm plan aku nak buat, tapi semuanya belum bermula lagi.... huuhuhuuh... ye..ye.. jer kan aku nie. Yela, mcm ne nak mulakan menjahit aku pun tak mahir lagi nak menggunakan mesin jahit tue. Lepas dah teror baru boleh nak mulakan menjahit kan... kalau tak, jahit baju dalam mimpi je la cik eina oi!!!!!!!!

Pembelian mesin jahit kali nie, aku menggunakan sistem

pembayaran secara ansuran... pendek kata aku berhutang la... hahahaha.
Yela kan, sebab harga mesin jahit yang aku beli nie pun boleh tahan mahalnya, nak-nak pulak model baru dari Singer. Kalau nak bayar cash rasanya kena menabung 2 3 tahun lagi la kot barulah boleh beli cash...hahahaha
 Biasalah gaji ciput mcm aku nie hanya layak buat ansuran jer... hehehehe..

Aku memang sengaja ambik model nie sebab ianya memenuhi semua kriteria yang aku cari. Mesin jahit nie ada 20 jenis jahitan dan jenis-jenis yang ada tue memang aku perlukan untuk aku memulakan perniagaan kecil-kecilan aku yang aku plan sejak berzaman.... hehehehehe...
Memandangkan mesin jahit yang aku beli nie adalah model baru mcm yang aku cakap awal tadi
so, aku perlulah banyak belajar sebab aku nie sebenarnya pun memang buta pasal mesin jahit nie,,, hahaha
Ko nie Jah, proopa je lebih kannn.....  

Mesti korang semua nak tahu kan mesin jahit model apa yang aku belikan????? 
Jom kita tengok
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ambik dari encik google sebab mesin sendiri masih dalam kotak.....
Nampak canggih tak? 


Bakal tukang jahit
-Eina Rahmat-

Tuesday, May 19, 2015

Batuk Oh Batuk....

Assalamualaikum dan salam bersiaran semula.... macamlah aku nie selalu sangat bersiaran kan... belog pun tuk diri sendiri jer.... bak kata orang suam-suam kuku jer...  hehehehe.
 So korang macam mana? sihat ke? aku nie dah 2 minggu batuk tak juga baik-baik. Lepas daripada balik kampung awal bulan ari tue, sampailah sekrang nie. Rasanya lepas makan ubat bukannya lebih baik tapi macam makin teruk pulak...

Dok kat opis nie kejap...kejap... kong...kong...kongg..... stress aku menahan kegatalan tekat aku nie.... tapi bukan aku sorang jer, kat department aku nie adalah 3 4 orang yang batuk. Orang kata memang musim orang demam ngan batuk sekali sekarang nie.... hadoiii...  kalau musim buah sedap lah juga, nie musim dapat penyakit.... hadoiiii.....

Besok pagi nak pergi jumpa doktor lagi, sebab tadi masa aku pergi doktor lelaki plak yang bertugas, segan pula aku nak bercerita dengan doktor tue. Padahal aku nak minta vitamin lain sekali sebab tu kalau boleh dapat jumpa doktor perempuan lebih afdal kata orang....  boleh cerita masalah perempuan sekali....
hehehehe.....

okey lah, batuk pun tak nak berhenti dari tadi asyik dok kong...kong...kong jer nie.....

bubuyy.......



love...
Eina

Sunday, May 10, 2015

Perjalanan Ke Kedah Ambik Masa 22 Jam....

Assalamualaikum... dan salam bersiaran kembali. Rasanya sunyi sepi je belog aku sekarang nie, sebab tak masa nak menghapdet. Bukan kesibukan yang melampau tapi kemalasan yang melampau... huk...huk...huk...

Bila tengok pada tajuk entry aku pada kali nie, rasa macam orang gila pun ada bangga pun ada (gila apa nak bangga...) hahahhaa....
Yela, minggu lepas aku balik Kedah sempena cuti panjang yang tak brapa nak panjang sangat la... labour day dan hari wesak so dapatlah 4 hari, plus aku minta anual leave sehari. Sekarang nie susah nak cuti lelama, so memandangkan cuti dah ada nie aku buat plan nak balik Kedah. Perancangan nak balik Kedah nie pun sebenarnya dah lama, kalau  tak silap aku masa awal tahun ari tue kot. Ye la, selepas nikah aku jarang-jarang balik kedah sebab nak kena rancang cuti betul-betul. Nanti aku cuti Pak Rahmat plak tak cuti.... camne tue....

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal aku balik bercuti kat kedah tue, tapi nak cerita pasal perjalanan aku balik Kedah minggu lepas yang ambik masa paling lama dalam sejarah la.... (sejarah aku la...) mana tak lama bertolak 1 Mei pagi, 2 Mei pagi baru sampai Pendang. Kalau ikutkan masa perjalanan tu hanya ambik masa 5 hingga 6 jam ja. Tapi perjalanan aku ngan Pak Rahmat kali nie ambik masa lebih kurang 22 jam.... bukan setakat bontot je kematu.. habis satu badan yang kematu.... hahahaha...

Aku ngan Pak Rahmat bertolak balik ke Kedah kalau tak salah dalam jam 10.00 pagi dan pada jam 2.30 petang aku dengan Pak Rahmat masih di Rawang. Gila tak gila jem hari tue, 4 jam setengah baru sampai Rawang. Kesian kat Pak Rahmat masa tue, tapi biasalah dia cool jer aku plak yang stressnya sebab perut bulat aku dah buat konsert rock metal dah.....

Memandangkan kami dah penat menghadapi jalam jem, aku ajak Pak Rahmat ikut jalan dalam. Ingtkan jalan dalam okey, tapi tidak ya,,,, jalannya tetap jem... huwaaaaaaaa.......
sampai Pak Rahmat bagi idea gile.... idea je gila... laki den tak gile ye,,,, heheheheh. Pak Rahmat ajak patah balik KL dan boleh plak dia ajak aku pi tengok wayang dulu, malam baru gerak balik Kedah katanya.... bagi aku memang tak la, dah jalan separuh nak patah balik pula... So, aku pun memberilah idea supaya kami ikut jalan dalam yang tak jem.... Pak Rahmat akur ngan keputusan aku so, kami pun bergerak balik ke Kedah gak.....

Lepas ikut jalan dalam, kitaorang exit balik kat highway kat exit Behrang, kononnya ingatkan jalan dah okey la kan, tapi harapan kami meleset jalan tetap jem dan sangat banyak kereta yang berhenti di tepi jalan sebab penat drive. Aku ngan Pak Rahmat pun sama tapi kiteorang tak berhenti cuma aku ngan Pak Rahmat akan berganti-ganti bawa kereta.

Dengan kereta banyak dan pergerakan pun slow, minyak kereta pula tinggal 2 bar je... hadoiiii..... kami deside nak ikut jalan dalam balik sebab senang nak cari stesen minyak dan ada banyak kedai makan di sepanjang jalan sebab perut pun minta diisi. Semasa nak exit kat Slim River kereta banyak dan gerak slow jer. Ye la, sebab tol pun ada 2 lorong ja, tunai ngan TnG jer, so bertabahlah aku ngan Pak Rahmat di situ. Kalau tak salah aku, masa kami dah lepas tol Slim River tu jam lebih kurang kul 8 malam. 

Lepas keluar susur ikut jalan dalam, kiteorang isi penuh minyak kereta dan meneruskan perjalanan ikut jalan lama ja. Penat seharian dalam kereta dengan perut yang lapo, memang rasa menyesal tak ikut idea Pak Rahmat suruh patah balik tadi. Sepanjang perjalanan ikut jalan lama, memang banyak kereta yang menuju ke utara sebab semuanya membuat keputusan macam kami yang ikut jalan lama takut kalau ikut highway jalan jem lagi.... 

Selepas selesai makan, aku ngan Pak Rahmat meneruskan perjalanan dan kami deside nak exit highway balik kat Gopeng. Dengan Harapan jalan dah tak jem macam siang tadi. So, berdesup la aku bawa keta... Alhamdullillah jalan ok. Apa lagi, memecut la aku bawa.... masa nie Pak Rahmat dah dibuai mimpi indah kot sebab aku bawa keta sikit pun dia tak sedar. 

Perjalanan kami tak berakhir di Pendang, Kedah pada hari tue sebab aku dah tak boleh tahan. Rasa mata berat sangat macam ada gam lekat kat mata aku. Akhirnya aku ngan Pak Rahmat tewas juga dan terpaksa berhenti di RNR Sungai Perak. Malam tue, kami tidur bertilamkan kerusi kereta ja... nasib baik ada bawa kain batik, boleh juga aku buat selimut..... 
Kononnya nak tido sekejap je nak rehatkan badan setelah seharian drive dan lepas tue nak bergerak balik. Tapi terbabas sampai jam 4.40 pagi. Ingat lagi masa tue, aku terjaga sebeb terkejut apa ntah... Aku kejutkan Pak Rahmat, dan kami pun bertolak balik Kedah. 
Masa mula-mula sampai kat RNR tue, banyak gile keta yang berhenti berehat dan tido. Aku ingat aku je mcm tue... hehehehhe Ye la, mana tak nya, penat memandu seharian.... 

Aku ngan Pak Rahmat sampai umah mak aku jam lebih kurang kul 8.30 pagi. Sampai jer umah, terus masuk bilik sambung tido... hahhahaha 
Masa sampai tue, mak ngan ayah aku gi kebun, so tak de la dorang nak bertanya apa-apa. Akak aku pun masa tue gi kebun cuma tinggal anak-anak dia jer yang tgk TV kat umah. 

Inilah pengalaman perjalanan balik ke Kedah yang memberi banyak dugaan kat aku ngan Pak Rahmat. Seingat aku, masa balik raya pun tak macam nie, tapi kali nie, mcm dah berjanji pula, semua nak balik kampung pada hari yang sama. 
Apa-apa pun aku bersyukur sepanjang perjalanan aku ngan Pak Rahmat kali nie, walaupun di uji dengan jalan yang jem, tapi selamat sampai ke Pendang dengan jayanya....

Aku tak de gambar yang nak tempek kat sini sebab masa dalam perjalanan balik nie mood nak ambik gambar memang nan hado.... so... ceritari sahaja untuk minggu ini.... cau cin cau......


LOVE 
Eina