Monday, March 31, 2014

wanita bertubuh agam...

assalamualaikum semua,,, hari nie aku nak share ngan korang semua tentang perasaan seorang wanita bertubuh agam a.k.a XXXL saiz. kalau nak diceritakan berkenaan dengan pengalaman wanita agam nie sudah semestinya banyak nagatif dari positif kan? betul tak korang semua.... 
ataupun aku sorang jer yang penah merasa banyak pengalaman negatif nie.. sensitip plak kak jah ari nie....

kalau nak diceritakan pasal pengalaman aku nie, rasanya 7 hari 7 malam pun tak abis lagi kot, sbb aku nie, sejak  masuk je sekolah menengah aku telah dikategorikan sebagai remaja agam.
 tapi semua pengalaman tue, aku pendam sorang-sorang sbb kawan-kawan aku yang lain semuanye selim melim je... nanti kalau mengadu kat dorang semua sure dorang buat bodo jer... baik kak jah feling sedey sorang-sorang...

selalunya wanita agam nie mesti dapat banyak gelaran kan? aku dulu pun mcm tu juga, mcm2 gelaran yang aku dapat seperti TOK PAH la, BADAK la, GIANT la, GAJAH la dan mcm2 lagi la... 
korang penah tak dapat gelaran2  mcm aku dan rase mcm aku pada waktu tue?
 sebenarnya banyak sangat gelaran yang aku dapat, sampai aku sendiri pun malas nak ingt... hahhaha. bukan ape kalau dingatkan balik rase sedey pun ada sebab aku rasa mcm dorang semua menghina mengutuk  aku, sebab badan aku yang agam nie... 

pada mulanya aku mcm x boleh terima je bila dapat gelaran mcm tu, tapi lama-kelamaan aku dah jadi biasa la... lantaklah biarlah apa orang nak panggil, xluak pun....kalau nak dipikirkan kejian dan kutukan orang nie, sampai mati pun belum tentu orang akan berhenti. betul x korang??? yang lagi penting pak rahmat sayang kat aku, bini die yang chumel nie... heheheh.

tapi kan korang semua perasan x, kalau orang yang dah langsing nie, selalu dok sibuk nak kurus lagikan, betul x? betul x? dok sibuk kata dah gemuk la, perut buncit la, peha besar la.. mcm2 lagi la,,, nak2 plak tye soklan tu kat orang yang badan agam mcm aku nie. dorang nie x terpikir ke ape perasaan orang mcm aku nie...
 sambil dok tepi tangga mengenang nasib diri.... 
huwaaa....sop..sop...


-Eina-

Sunday, March 30, 2014

kerja oh kerja

assalamualaikum, kali nie aku nak share ngan korang pasal aktiviti kerja aku minggu lepas. aku telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu di bahagian pentaftaran untuk BRIEFING & LUNCHEON Q1 2014 yang bertempat di The Zon Hotel. sebenarnya aku diantara pegawai bertugas yang last minute dipilih untuk menjayakan aktiviti tersebut. disebabkan oleh itu juga, aku tiada mempunyai baju untuk dipakai....sebenarnya baju aku dah tak muat sebab badan aku dah mengembang...hahahhaha. so, haruslah aku lain daripada yang lain pada hari berkenaan.... lagak diva ko nyahhhh

aku n the gang sepatutnya bertolak pada jam 9.30 pagi ke The Zon Hotel, tapi banyak pekara last minute nak kena setup so jam 10.00 pagi kami pun bertolak ke The Zon. Sampai saja di sana bermula aktiviti untuk memasang projector (bukan aku yg pasang pun.... ), kemaskan meja pendaftran dan sebagainya. masa tu aku n the gang sempat gak snap beberapa gambo... Alhamdullah, majlis berjalan dengan lancar...walaupun masih ada kekalutan di saat-saat akhir.

kat sini ada beberapa gambar semasa majlis berlangsung.... korang layan jer la yer... kak ton lagak diva nie...




majlis sedang berlangsung...
ada gaya tak? kalau kak ton bagi ceramah motibasi...hahhaha

kak aisha, me & hajar
antara geng yang terlibat
 me & kak aisha
salman, atie, kak aisha, me, hasanah & hajar 
The Gang at The Zon 
me & hasanah 
hasanah, me, hajar & kak aisha 
muka happy jer...baru lepas melantak...




-Eina-



Wednesday, March 26, 2014

step by step

assalamualaikum semua, so korang apa kabo hari nie??? aku seperti biasalah seceria-cerianya... (ada ke perkataan mcm tu) ada aku kisah, jnj pahem sudahhhh... tgk pada entry aku nie mcm banyak je plan aku kan... hahahha, takpe hidup kita nie mst ada banyak peracangan kan...kan...kan...

bila dipikirkan dalam kepala otak aku nie mcm2 perkara aku nak buat, tapi aku xtau nak mulakan yang mana dulu. sememangnya aku mempunyai satu kerja yang hakiki iaitu makan gaji,  seperti biasala rutin harian bermula pada jam 8.30 hingga 5.30 petang. itulah kehidupan aku kalau hari isnin hingga jumaat (xtermasuk kalau aku bercuti la kan,,, hehehe),  masa lapang yang ada pun hanya pada hari sabtu dan ahad je la. tapi xde la lapang sangat pun... sebab banyak lagi tugasan kat rumah aku yang menanti... nak cuci baju stok seminggu lagi, lipat baju stok minggu lepas punya,  kemas umah stok seminggu xkemas dan seangkatan dengannya la..aku nie kan pemalas... kerja sure bertangguh punya... hahahha... 

sebelum nie kan aku pernah gitau yang aku ada buat MARY KAY start bulan Disember tahun lepas, tetapi memandangkan aku xmenyempat dan sibuk dengan tugasan lain aku terpaksalah hold dulu bisnes MARY KAY nie. tapi kalau ada sesapa yang nak beli produk nie or nak try free facial n make up, aku masih buat cuma tidak seaktif dulu la. aku plan nak mulakan balik bisnes MARY KAY ni lepas aku berhenti kerja hakiki aku sekarang nie. itu la yang aku katakan step by step tu... tapi xtau la bila nak berhenti tu kan...  hehehehe

selain tu, aku juga tengah berjinak-jinak dengan menjahit. aku nak menambahkan kemahiran menjahit. sekarang pun tengah mengumpul modal untuk pergi kelas menjahit balik. basic menjahit aku dah ada, dan kalau sekadar nak jahit baju kurung untuk diri sendiri tu lepas lah. cuma kalau dari segi kualiti jahitan tue kena tingkatkan lagi lah... sebab aku dah lama xmenjahit nie. nanti bila kak ton dan teror jahit, boleh lah korang semua nak tempah kat kak ton nie...hahhaa. aku boleh bagi special price kat hampa semua. 

itu lah perancangan aku, kalau AKU KAYA, aku nak buka Butik&Spa. nanti kalau sesapa datang nak buat facial or beli barang MARY KAY kat spa aku boleh pakej shooping sekali kan... itulah perancang kak ton kalau diizinkan ALLAH.  In Sya Allah.... AMINNN 
moga-moga dipermudakan. hope korang mendoakan aku agar apa yang aku cita-citakan akan berjaya.



-Eina-

Tuesday, March 25, 2014

Berakhirnya #MH370

Semalam bila dengar announcement dari PM pasal MH370, aku rase macam tak percaya jer perkara nie berlaku. sebab aku adalah salah sorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang berharap semua kru anak kapal dan penumpang akan ditemui dalam keadaan selamat.... tetapi apakan daya, semua yang berlaku sudah ketentuan dariNya. Al-Fatihah buat semua penumpang MH370... semoga ahli keluarga  kepada penumpang MH370 bersabar dengan dugaan yang dihadapi....


-Eina-


Sunday, March 23, 2014

my dinky dizy

mesti korang tertanya-tanyakan sape la dinky dizy (DD) ni. ha... mai sini cheq nak habaq, DD nie adalah keta aku yang aku beli 3 tahun lepas iaitu model saga fl. sebenarnya kalau nak ikutkan tue keta ayah aku sebenarnya, sebab dia yang bagi dowit untuk aku buat downpayment beli DD nie... hehehehe (terima kasih ayah, sayang ayah ketat-ketat)

apa yang menyebabkan aku nak cerita pasal DD ni kerana pada tarikh nie la, 3 tahun lepas aku beli DD nie. kira ari nie hari jadi DD la kan. DD aku ni kalau time besday de mesti demand nak hadiah (roadtax & insuran) yang mahal. tapi kira okey la sebab setiap tahun hadiah untuk DD ni makin murah... hehehehe. dasar kedekut.
walaupun hadiah tahunan DD ni makin murah setiap tahun tapi disebabkan oleh kecuaian kecekapan  aku nie bawa keta, banyak jugalah aku berhabis kat abang-abang bengkel sebab nak betulkan yang kemek la, yang rosak la, yang pecah la macam-macam lagi la yang seangkatan dengannya...

antara kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa aku buat DD ni cedera parah... (boleh kire cedera parah ke) iaitu masa mak dan kakak aku datang kat umah aku di KL nie. kirenya masa tu DD ni baru beli la, dan dorang datang nak merasa naik kereta baru la kan. so, selepas seharian aku menjadi driver dorang semua, bermulalah detik di mana kami semua dah balik dan aku nak parking DD. (mcm cerita serrr plak kan....)
tanpa aku sedar aku telah melanggar keta sebelah, nasib baik keta sebelah tu tak nampak apa-apa calar tapi  kalau calar pun aku buat-buat tak nampak je la.... hahhahaa jahatnya aku... xpe bukan tuan punya keta tu kenal aku pun... lepas dari kejadian tu rasenya da  2 ke 3 kali juga la DD ni masuk bengkel di sebabkan aku. hahahaa... ganaz gak aku nie bawa keta kan...

okey la, lain kali aku tunjuk kat korang semua rupe DD ye, sbb aku taw mesti korang teringin nak tgk rupe DD aku kan......perasan maut betul la aku nie...




-Eina-


i'm back

Assalamualaikum semua, Hamboiii... perasan glamer sekejap bila tengok tajuk entry aku nie... hahahaha
rasanya sudah  lama aku menyepikan diri kan... hampir 2 bulan kot. korang semua rindu x kat aku nie...mesti rindu kannnnn... hahahha perasan betulah ko ni jah... mcm la ada orang nak menjegah kat belog aku nie. hahaha.

aku sebenarnya sibuk sangat dengan tugasan harian sebagai seorang pekerja yang makan gaji nie. bila aku ingat balik rasa mcm nak hantar surat resign 24 jam je kalau pikir pasal kerja yang tak pernah selesai. HUWAAAAA.........banyak lagi fail tengah menanti masa aku tengah menaip nie, tapi aku nak juga menghapdet belog aku nie.... 

nak cerita pasal kerja aku ni boleh dikatakan selalu jugalah kena buat kerja luar boleh dikatakan setiap minggu juga aku kena keluar. tapi takde la jauh sangat, cuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur jela... nak mengharapkan aku outstation jauh-jauh tak de la jawabnya... sebab company aku nie dalam proses berjimat cermat habis semua nak di cut cost.. haishhhh.... pening kepala mak.