Sunday, March 23, 2014

my dinky dizy

mesti korang tertanya-tanyakan sape la dinky dizy (DD) ni. ha... mai sini cheq nak habaq, DD nie adalah keta aku yang aku beli 3 tahun lepas iaitu model saga fl. sebenarnya kalau nak ikutkan tue keta ayah aku sebenarnya, sebab dia yang bagi dowit untuk aku buat downpayment beli DD nie... hehehehe (terima kasih ayah, sayang ayah ketat-ketat)

apa yang menyebabkan aku nak cerita pasal DD ni kerana pada tarikh nie la, 3 tahun lepas aku beli DD nie. kira ari nie hari jadi DD la kan. DD aku ni kalau time besday de mesti demand nak hadiah (roadtax & insuran) yang mahal. tapi kira okey la sebab setiap tahun hadiah untuk DD ni makin murah... hehehehe. dasar kedekut.
walaupun hadiah tahunan DD ni makin murah setiap tahun tapi disebabkan oleh kecuaian kecekapan  aku nie bawa keta, banyak jugalah aku berhabis kat abang-abang bengkel sebab nak betulkan yang kemek la, yang rosak la, yang pecah la macam-macam lagi la yang seangkatan dengannya...

antara kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa aku buat DD ni cedera parah... (boleh kire cedera parah ke) iaitu masa mak dan kakak aku datang kat umah aku di KL nie. kirenya masa tu DD ni baru beli la, dan dorang datang nak merasa naik kereta baru la kan. so, selepas seharian aku menjadi driver dorang semua, bermulalah detik di mana kami semua dah balik dan aku nak parking DD. (mcm cerita serrr plak kan....)
tanpa aku sedar aku telah melanggar keta sebelah, nasib baik keta sebelah tu tak nampak apa-apa calar tapi  kalau calar pun aku buat-buat tak nampak je la.... hahhahaa jahatnya aku... xpe bukan tuan punya keta tu kenal aku pun... lepas dari kejadian tu rasenya da  2 ke 3 kali juga la DD ni masuk bengkel di sebabkan aku. hahahaa... ganaz gak aku nie bawa keta kan...

okey la, lain kali aku tunjuk kat korang semua rupe DD ye, sbb aku taw mesti korang teringin nak tgk rupe DD aku kan......perasan maut betul la aku nie...




-Eina-


No comments:

Post a Comment