Sunday, March 30, 2014

kerja oh kerja

assalamualaikum, kali nie aku nak share ngan korang pasal aktiviti kerja aku minggu lepas. aku telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu di bahagian pentaftaran untuk BRIEFING & LUNCHEON Q1 2014 yang bertempat di The Zon Hotel. sebenarnya aku diantara pegawai bertugas yang last minute dipilih untuk menjayakan aktiviti tersebut. disebabkan oleh itu juga, aku tiada mempunyai baju untuk dipakai....sebenarnya baju aku dah tak muat sebab badan aku dah mengembang...hahahhaha. so, haruslah aku lain daripada yang lain pada hari berkenaan.... lagak diva ko nyahhhh

aku n the gang sepatutnya bertolak pada jam 9.30 pagi ke The Zon Hotel, tapi banyak pekara last minute nak kena setup so jam 10.00 pagi kami pun bertolak ke The Zon. Sampai saja di sana bermula aktiviti untuk memasang projector (bukan aku yg pasang pun.... ), kemaskan meja pendaftran dan sebagainya. masa tu aku n the gang sempat gak snap beberapa gambo... Alhamdullah, majlis berjalan dengan lancar...walaupun masih ada kekalutan di saat-saat akhir.

kat sini ada beberapa gambar semasa majlis berlangsung.... korang layan jer la yer... kak ton lagak diva nie...




majlis sedang berlangsung...
ada gaya tak? kalau kak ton bagi ceramah motibasi...hahhaha

kak aisha, me & hajar
antara geng yang terlibat
 me & kak aisha
salman, atie, kak aisha, me, hasanah & hajar 
The Gang at The Zon 
me & hasanah 
hasanah, me, hajar & kak aisha 
muka happy jer...baru lepas melantak...




-Eina-



Wednesday, March 26, 2014

step by step

assalamualaikum semua, so korang apa kabo hari nie??? aku seperti biasalah seceria-cerianya... (ada ke perkataan mcm tu) ada aku kisah, jnj pahem sudahhhh... tgk pada entry aku nie mcm banyak je plan aku kan... hahahha, takpe hidup kita nie mst ada banyak peracangan kan...kan...kan...

bila dipikirkan dalam kepala otak aku nie mcm2 perkara aku nak buat, tapi aku xtau nak mulakan yang mana dulu. sememangnya aku mempunyai satu kerja yang hakiki iaitu makan gaji,  seperti biasala rutin harian bermula pada jam 8.30 hingga 5.30 petang. itulah kehidupan aku kalau hari isnin hingga jumaat (xtermasuk kalau aku bercuti la kan,,, hehehe),  masa lapang yang ada pun hanya pada hari sabtu dan ahad je la. tapi xde la lapang sangat pun... sebab banyak lagi tugasan kat rumah aku yang menanti... nak cuci baju stok seminggu lagi, lipat baju stok minggu lepas punya,  kemas umah stok seminggu xkemas dan seangkatan dengannya la..aku nie kan pemalas... kerja sure bertangguh punya... hahahha... 

sebelum nie kan aku pernah gitau yang aku ada buat MARY KAY start bulan Disember tahun lepas, tetapi memandangkan aku xmenyempat dan sibuk dengan tugasan lain aku terpaksalah hold dulu bisnes MARY KAY nie. tapi kalau ada sesapa yang nak beli produk nie or nak try free facial n make up, aku masih buat cuma tidak seaktif dulu la. aku plan nak mulakan balik bisnes MARY KAY ni lepas aku berhenti kerja hakiki aku sekarang nie. itu la yang aku katakan step by step tu... tapi xtau la bila nak berhenti tu kan...  hehehehe

selain tu, aku juga tengah berjinak-jinak dengan menjahit. aku nak menambahkan kemahiran menjahit. sekarang pun tengah mengumpul modal untuk pergi kelas menjahit balik. basic menjahit aku dah ada, dan kalau sekadar nak jahit baju kurung untuk diri sendiri tu lepas lah. cuma kalau dari segi kualiti jahitan tue kena tingkatkan lagi lah... sebab aku dah lama xmenjahit nie. nanti bila kak ton dan teror jahit, boleh lah korang semua nak tempah kat kak ton nie...hahhaa. aku boleh bagi special price kat hampa semua. 

itu lah perancangan aku, kalau AKU KAYA, aku nak buka Butik&Spa. nanti kalau sesapa datang nak buat facial or beli barang MARY KAY kat spa aku boleh pakej shooping sekali kan... itulah perancang kak ton kalau diizinkan ALLAH.  In Sya Allah.... AMINNN 
moga-moga dipermudakan. hope korang mendoakan aku agar apa yang aku cita-citakan akan berjaya.



-Eina-

Tuesday, March 25, 2014

Berakhirnya #MH370

Semalam bila dengar announcement dari PM pasal MH370, aku rase macam tak percaya jer perkara nie berlaku. sebab aku adalah salah sorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang berharap semua kru anak kapal dan penumpang akan ditemui dalam keadaan selamat.... tetapi apakan daya, semua yang berlaku sudah ketentuan dariNya. Al-Fatihah buat semua penumpang MH370... semoga ahli keluarga  kepada penumpang MH370 bersabar dengan dugaan yang dihadapi....


-Eina-


Sunday, March 23, 2014

my dinky dizy

mesti korang tertanya-tanyakan sape la dinky dizy (DD) ni. ha... mai sini cheq nak habaq, DD nie adalah keta aku yang aku beli 3 tahun lepas iaitu model saga fl. sebenarnya kalau nak ikutkan tue keta ayah aku sebenarnya, sebab dia yang bagi dowit untuk aku buat downpayment beli DD nie... hehehehe (terima kasih ayah, sayang ayah ketat-ketat)

apa yang menyebabkan aku nak cerita pasal DD ni kerana pada tarikh nie la, 3 tahun lepas aku beli DD nie. kira ari nie hari jadi DD la kan. DD aku ni kalau time besday de mesti demand nak hadiah (roadtax & insuran) yang mahal. tapi kira okey la sebab setiap tahun hadiah untuk DD ni makin murah... hehehehe. dasar kedekut.
walaupun hadiah tahunan DD ni makin murah setiap tahun tapi disebabkan oleh kecuaian kecekapan  aku nie bawa keta, banyak jugalah aku berhabis kat abang-abang bengkel sebab nak betulkan yang kemek la, yang rosak la, yang pecah la macam-macam lagi la yang seangkatan dengannya...

antara kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa aku buat DD ni cedera parah... (boleh kire cedera parah ke) iaitu masa mak dan kakak aku datang kat umah aku di KL nie. kirenya masa tu DD ni baru beli la, dan dorang datang nak merasa naik kereta baru la kan. so, selepas seharian aku menjadi driver dorang semua, bermulalah detik di mana kami semua dah balik dan aku nak parking DD. (mcm cerita serrr plak kan....)
tanpa aku sedar aku telah melanggar keta sebelah, nasib baik keta sebelah tu tak nampak apa-apa calar tapi  kalau calar pun aku buat-buat tak nampak je la.... hahhahaa jahatnya aku... xpe bukan tuan punya keta tu kenal aku pun... lepas dari kejadian tu rasenya da  2 ke 3 kali juga la DD ni masuk bengkel di sebabkan aku. hahahaa... ganaz gak aku nie bawa keta kan...

okey la, lain kali aku tunjuk kat korang semua rupe DD ye, sbb aku taw mesti korang teringin nak tgk rupe DD aku kan......perasan maut betul la aku nie...




-Eina-


i'm back

Assalamualaikum semua, Hamboiii... perasan glamer sekejap bila tengok tajuk entry aku nie... hahahaha
rasanya sudah  lama aku menyepikan diri kan... hampir 2 bulan kot. korang semua rindu x kat aku nie...mesti rindu kannnnn... hahahha perasan betulah ko ni jah... mcm la ada orang nak menjegah kat belog aku nie. hahaha.

aku sebenarnya sibuk sangat dengan tugasan harian sebagai seorang pekerja yang makan gaji nie. bila aku ingat balik rasa mcm nak hantar surat resign 24 jam je kalau pikir pasal kerja yang tak pernah selesai. HUWAAAAA.........banyak lagi fail tengah menanti masa aku tengah menaip nie, tapi aku nak juga menghapdet belog aku nie.... 

nak cerita pasal kerja aku ni boleh dikatakan selalu jugalah kena buat kerja luar boleh dikatakan setiap minggu juga aku kena keluar. tapi takde la jauh sangat, cuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur jela... nak mengharapkan aku outstation jauh-jauh tak de la jawabnya... sebab company aku nie dalam proses berjimat cermat habis semua nak di cut cost.. haishhhh.... pening kepala mak.




Sunday, February 9, 2014

Kerja Baru...


Start bulan Februari ni aku telah berpindah department baru, so skop kerja baru, enviroment baru, bak kata semunya baru la. Bab baru nie memang la aku suka kalau baju baru ke, kereta baru ke, kasut baru ke, handbag baru ke... tapi ni KERJA baru ok! (bukan bagus ke dapat belajar benda baru....haissssh...dasar pemalas).

So, minggu ni adalah minggu kedua aku start buat kerja baru dan kerja aku sekarang ni adalah menganalisa fail yang tak aktif dan mencari altenatif yang terbaik untuk mengesan, menjejak client yang xdapat dihubungi. cewahhh...macam jejak kasih la plak... Kepada yang ada cadangan atau idea boleh gitau kat aku ye...
untuk permulaan aku menegok fail-fail yang menimbun di atas meja aku nie... tapi aku BLURRRR... apa yang aku patut buat pun xtau, da setengah hari nie, satu kerja pun aku buat, lepas buka fail, aku tutup fail, pastu buka fail balik. Itu je la kerja aku pagi nie tapi kerja x jalan juga. hahahha... mati kalau boss aku  taw nie. Tapi Alhamdullilah aku kerja secara berpasukan dan  aku ditugaskan dengan En.Hady. So, En Hady lah yang banyak tolong aku, bagi aku idea. kalau nak harapkan aku, jawabnya sampai besok pun belom tentu satu fail aku dapat siapkan...thanks ye En.Hady!!!!!

ok la aku nak memulakan tugas nie, lain kali aku ngadu lagi ye... caiyok..caiyok...!!!


-Eina-



Monday, February 3, 2014

PLAN 2014



Hai… semua, lama gile aku tak menghapdet belog aku nie… ingatkan boleh la aku menghapdet hari-hari. Tapi apakan daya, sibuk dengan tugasan harian.. cewah… sibuk mengalahkan Perdan Menteri kan…. Aku sebenarnya sibuk menyelesaikan masalah diri sendiri, tu la orang kata tak ada masalah pergi cari masalah. Kan dah terkena pada diri sendiri. Apa-apa pun aku bertabahkan diri sendiri. Padan muka aku.

Okeylah, aku sebenarnya nak share ngan korang semua pasal plan aku untuk tahun nie. Aku sebenarnya nak mulakan balik bisnes aku yang tertunggak tue… ish..ish.. macam nak bayar bil utiliti je kan, tertunggak bagai… hahhaha. 

Untuk pengetahuan semua sebelum nie aku ada buat bisnes online. Aku ada jual tudung, kain pasang, baju dan seangkatan dengannyalah. Tetapi disebabkan aku sibuk menguruskan persiapan perkahwinan aku tahun lepas, aku terus STOP sekejap bisnes aku. Ye la mana taknya, semuanya aku buat sendiri dari hantaran, baju nikah (penat ooo jahit manik kat baju nikah), veil (kire sepasang la ngan baju aku tue), gift bag bag dan banyak lagi la… reward kat diri sendiri….bila semuanya aku puas hati dan SAVE BAJET… dasar kedekut kan… hahahhaha. Eh…Pesal la plak kluar cite pasal wedding aku nie… chup…chup… tukar topic balik. 

Okey la, pada mulanya aku ingat pada tahun nie aku nak belajar buat tudung 3 layer sendiri dengan kawan aku masa belajar kat USM dulu. Tapi disebebkan dia pregnant so plan aku kena stop dulu. Untuk tidak membuang masa aku sekarang aku belajar buat selendang. Rase mcm best je bila start pakai selendang nie, tambah pula yang aku buat sendiri, rase lebih selesa dan menepati ciri-ciri yang aku nak la. Insya Allah kalau xde masalah aku nak keluarkan selendang jenama aku sendiri nanti. So korang semua tunggu la ye… jangan lupe beli sekali taw… cewah…cewah…. cakap macam barang dah adakan? padahal apa-apa pun belom start lagi. .. HAHAHAHHAHA… inilah dikatakan otak tengah BENGANG… tapi bukan BANGANG ok…!

Untuk pengetahuan korang, tahun ni juga aku ada melibatkan diri dengan bisnes MaryKay. Bila dah sekali try produk MK ni mcm best je, mcm ok jer so aku pun mendaftarkan diri menjadi Beauty Consultant MK ni. Bab ni nanti aku cerita kat lain entry ok. …


-Eina-