Wednesday, August 20, 2014

Sabarlah wahai hati....

Rasanya sudah lama aku mencoretkan apa-apa semasa bulan puasa hinggalah sekarang nie  dah nak penghujung Syawal. Aku rasa berat hati bila nak menulis apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku.  Walaupun bukan diri aku sendiri yang mengalaminya, tetapi aku rase peritnya kehilangan seseorang yang disayangi susah nak diluahkan dengan perkataan.

Dua hari sebelum kita semua sebagai umat islam nak berpuasa, aku dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada kawan aku opis aku, MJ. sebenarnya aku kenal MJ nie sejak belajar di USM lagi memandangkan dia belajar satu course dengan aku. Daripada penceritaan MJ, mak dia meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru dan buah pinggang. aku sememangnya mengetahui yang sebelum ini mak MJ menghidap penyakit kencing manis, berkemungkinan semua ini berkaitan dengan penyakit tersebut. aku berharap MJ tabah menghadapi dugaan ini. 

Selepas dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa, aku pula telah dikejutkan dengan berita kematian tunang kepada kawan aku Rashid. Kalau nak ikutkan, genap sebulan lagi mereka akan disatukan sebagai suami isteri, tetapi apakan daya, kematian telah memisahkan mereka. Menurut dariapada keterangan Rashid, tunangnya telah terlibat dalam kemalangan semasa hendak melintas jalan selepas membeli juadah berbuka di bazar ramadhan. Ajal Maut Jodoh Pertemuan kita semua adalah ketentuan Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya sentiasa berdoa supaya menjadi seorang hamba yang bersyukur dan beriman... Insya Allah....

Pada malam raya, kita semua sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, aku sekali lagi telah dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada suzie yang juga merupakan salah seorang rakan opis aku. pada ketika mengetahui berita kematian tersebut hati aku berdebar-debar mengenangkan dugaan yang Egkau berikan amatlah hebat memandangkan kita semua ingin menyambut Hari Raya yang mulia. Melalui penceritaan rakan-rakan yang lain, ibunya meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dibonceng oleh remaja di hadapan rumah mereka. Berita ini amat menyentap hati dan perasaan aku sebagai manusia kerana, sekiranya ajal telah tiba tiada amaran yang diberikan kepada kita semua....

Berakhir minggu pertama dibulan Syawal, aku pula diberitahu bahawa Pak Ngah aku telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. berdasarkan kepada penceritaan emak , Pak Ngah kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang. Bersyukur kehadrat ilahi apabila, selepas seminggu di Hospital, Pak Ngah telah menjalani pembedahan dan beransur pulih walaupun masih ditempatkan di wad ICU. Aku berharap Pak Ngah aku akan sihat seperti biasa....amin....

Aku berdoa supaya aku menjadi hamba yang tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan yang diberikan olehNya....Tabahlah wahai hati....


-Eina-

Tuesday, June 24, 2014

Tempahan Hamper...

Assalamualaikum semua, kali nie aku nak share dengan korang semua pasal tempahan hamper nie. Untuk pertama kalinya aku mendapat bisnes tempahan hamper nie dan aku harap ianya akan menjadi permulaan yang baik untuk bisnes aku nie. 

Nak dimulakan cerita, kawan nie (kak naemah), aku minta tolong buatkan hamper untuk boss die. katanya nak boss yang murah-murah jer,  sebab itu juga menyebabkan dia sangat sukar nak mendapatkan orang yang sesuai untuk menyediakannya. banyak-banyak tempat yang ditanya semuanya melebihi bajet bossnya. korang paham tak ayat aku nie..... bahhahhaha... 

 Sambil dok termenung...(ni aku tambah jer) dia terpikir la aku yang sangat kreatif bab-bab yang macam nie (mampos la puji diri sendiri....). So, dia mintalah tolong aku buatkan hamper tu, katanya xpayah nak besar-besar sangat bersesuaian saja dengan bajet boss dia tu.... 

Apalagi, aku bergigih la membuat quotation bagai.... ini perlu ada quotation hokey untuk mendapatkan tender mambuat hamper nie.... ko jangan memain, hahaha... bunyi macam projek berjuta-juta kan... puiiiiii....padahal buat hamper jer.... bajet plak ciput jer..... bahahhahaha.... 

Selepas aku memenangi tender tersebut aku memulakan operasi mencari coklat dan biskut (request by boss) kat pasaraya Hanifa yang dekat dengan opis aku tu....murah dan menjimatkan shooping kat situ ye.... yer la, kata bajet ciput... so kena pandai cari tempat la kan... tapi ape yang penting adalah hasil kebabooommmm..... 

Selepas seharian aku bermain-main dengan semua nie so, tadaaaaa... inilah hasilnya hamper aku yang xbrapa nak hamper sangat..... heheheheh sebarang pujian dialu-alukan hokey... TETAPI AWAS... kata-kata kejian tidak diterima.... hahahhaha.... 


chantek x korang tengok.....
cantik kan...............muntah darah korang baca aku puji diri sendiri.....


-Eina-

Thursday, June 19, 2014

Persiapan Raya

dengar tajuk entry kak ton kali nie, rase mcm xsabar nak raya mengalahkan kanak-kanak riang kan? hahaha...tapi itulah hakikat sebenarnya dimana aku sekarang sibuk sangat membeli apa yang patut. Eh! ada ke yang patut??? yang x patut ada la kot... hahaha..
 yela tahun nie kan aku raya berdua, so kena buat perancangan awal la... 
maksud perancangan awal bagi aku adalah membeli baju raya ye, bukan barangan rumah or apa-apa yang berkaitan dengannya... bahahah....

kalau nak ikutkan aku berkenaan dengan baju raya nie, aku rasa kain pasang yang aku beli sendiri  dan yang mak aku beli kat Padang dulu pun masih belum dibuat baju lagi. kalau ikutkan koleksi tu boleh sangat kak ton 
 buka kedai kain pasang tau... hahahha
 nie kan pula aku nak menamak nak beli baju raya lagi kan.... hahhaa
itu semua tak termasuk dengan kain sari yang aku beli masa belikan hadiah untuk MIL aku ari tue. aku sempat rembat 2 pasang kain sari. tapi xtau la bila pula aku nak menjahitnya,,,, nafsu shopping aku nie puaka sangat kan....

tue semua baju aku je tau, baju pak rahmat nanti dekat nak raya baru aku belikan yang readymade je la... senang kan,,, pastu aku belikan suar jeans n tshirt je... orang laki nie bukannya nak berbaju melayu bagai, macam-macam alasan yang dia bagi nanti...
 panas la, tak selesa la...  stress aku.... daripada stresss aku bertambah baik xpayah beli banyak-banyak sangat kan,,,,
 bahaha...

walaupun sudah banyak koleksi kain pasang yang aku beli, plan nye tahun nie aku nak juga beli yang readymade, senang sikit xpayah kak ton sibuk-sibuk nak tambah manik sana sini nanti... cuma kena siapkan duit lebih sikit la,,,, hahhaha...
nie kalau pak rahmat tahu, mahunye dia tarik napas panjang-panjang, sebab bini dia bernafsu monster bila tiba bab
shoping menyoping nie
hahahah sabar ye sayangg....




-Eina-

Monday, June 16, 2014

Langkawi

assalamualaikum semua, rasanya dah lama gila aku xde update apa-apa yang terbaru kan... wah... macam la aku nie artis terkenal nak update bagai.. kan... hahahaha..

kali nie aku nak share kat korang semua pasal aku bercuti kat langkawi pada 1 Mei lepas. sebelum nie aku dengan pak rahmat dah plan macam-macam tempat nak pergi holiday, konon-kononnya nak berhaneymoon sekali la kan...tapi semuanya rancangan kena tunda sebab banyak perkara luar jangka berlaku. 

Trip ke Langkawi berjaya juga memandangkan aku sememangnya ada kerja di sana. oleh itu, aku mengambil kesempatan bercuti sekali kat sana... orang kata myelam sambil minum air.... nasib baik tak lemas je kan.....hahahhaha.

sebenarnya minggu lepas aku ditugaskan menjalankan kerja lapangan di sekitar Negeri Kedah selama 3 hari dan salah satu tempat yang aku kena pergi adalah LANGKAWI. Hahhhhh.... ape lagi, plan untuk berjimba-jimba pun muncul la....ehehheehhe. memandangkan pak rahmat kerja sendiri so boleh la dia bercuti ikut suka hati... jeles aku sebab senang2 je dia bercuti... tapi aku pun sebenarnya tunggu green light dari pak rahmat je nie nak hantar surat resign...hahahha.. sabarlah wahai hati... wahhh gituuuu... jiwang karat plak aku nie.

memandangkan aku pergi bekerja dan bukan berholiday pada awalnya, so aku ngan kak mawadah (rakan sekerja) bertolak ke utara pada hari Isnin untuk selesaikan kerja. aku bertolak ke Langkawi plak pada hari Selasa petang sebabnya hari Rabu tue aku kena setlekan kerja awal sebab kak mawadah nak terus balik KL pula lepas tue. pak rahmat pula, aku suruh je dia datang langkawi pada malam tue, so dari KL terus je fly ke Langkawi, nanti malamnya aku pick up de kat airport je. 


permandangan dari dalam feri...

sangat cantik ciptaanNya...


jom selfie dulu....tuan belog mesti ada... hehehe..

untuk memudahkan aku bekerja, aku sewa kereta kat sana, oleh kerana aku akan bercuti ngan pak rahmat kat sana so aku sewa kereta untuk 3 hari terus. harga kereta sewa kat sana boleh tahan juga la sebab aku pergi tu time cuti umun kan. nak or tak kena la sewa kereta juga kan. harga kereta sewa kt sana dalam anggaran RM80 untuk sehari bagi hari-hari biasa iaitu Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad harganya DOUBLE tau. kereta pula kereta sedan dan macam aku ambik Nissan Almera. tapi kalau Myvi or Viva aku rasa dala RM60 je kot... xpasti pula aku. 


1st Day berholiday...

memandangkan aku ngan pak rahmat nak bercuti so kiteorang pun bermalas-malasan kat bilik sampai tengahari... hahahah, jawabnya xde la tempat-tempat menarik kat Langkawi nie aku terokai sangat. tapi kalau ikutkan aku, memang nak keluar awal, yela dah nama pun cuti so, jalan2 la kan.. tapi bagi pak rahmat tidak ye... dia lebih selesa lepak kat bilik hokey.....stress sekejap aku...

lupe aku nak cerita pasal hotel tempat aku menginap. sepanjang aku kat Langkawi, aku stay kat HIG Hotel. HIG Hotel baru je buka, kalau tak silap aku dalam bulan Nov tahun lepas la, sebelah hotel aku pula ada HIG Kompleks iaitu satu Mall untuk shopping. tempat menginap pun mesti strategik kan... hehehehe.


pandangan dari bahagian hadapan HIG Hotel 


pandangan daripada bilik, aku ambik seaview....


suasana dalam bilik, walaupun biliknya taklah besar tapi selasa sebab hanya aku ngan pak rahmat jer.... hehehe

aktiviti bermula tengahari, tempat pertama yang aku bawa pak rahmat adalah Makam Mahsuri kat Ulu Melaka. Opsss... sebelum terlupa, aku sebenarnya lebih kepada tour guide kepada pak rahmat kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki kat bumi langkawi nie. kalau nak ikutkan aku, kalau datang langkawi tak lain tak bukan SHOPPING la... hahahahah...

sesampainya kiteorang kat Makan Mahsuri nie, hujan turun dengan lebatnya, so terpaksa lah aku lepak dulu dalam kereta bagi menunggu hujan berhenti. jawabnya sampai petang la kot kalau nak tunggu hujan tu berhenti. tapi nasib baiklah ada kakak yang jual air, kedai dia betul2 depan kereta aku park, dia bagi pinjam payung... terima kasih akak....
aku pun tak tau nak cite apa lagi, so korang layan jer pic kat bawah nie ye...


sebelum berjalan-jalan jom berselfie dulu....



pak rahmat khusyuk membaca mengenai Mahsuri...

tuan belog mesti ada....


pak rahmat dengan Telaga Mahsuri...






congkak gergasi 
congkak gergasi lagi....

pak rahmat dengan lembing-lembingnya.... hahaha...
lepas berjalan-jalan sekitar Makam Mahsuri, aku dan pak rahmat bertolak ke Cable Car. mula-mula nak pergi cable car aku boleh pula sesat, padahal dah 3 kali kot aku datang sini. nasib baik ada waze, kalau tak mahunya hangin satu badan aku nak mencari jalan ke cable car... bagi aku salah satu kelemahan langkawi nie adalah signbord de, sebab punya la susah aku nak mencari jalan nak pergi cable car.

masa kat cable car nie aku, aku kena marah dengan pak rahmat.. padan muka aku...hahaha. aku sebenarnya tak tahu yang pak rahmat nie sebenarnya gayat orangnya. pada mulanya aku memang tak perasan tapi, bila aku tengok dia diam je dan bergerak-gerak pun masa dalam cable car tue, bila aku tanya gayat ke, dia jawab tak... biasa la ego orang lelaki. sampai jer kat atas, dia duduk je, rupe-rupenya dia gayat sebab xpernah naik... hahahha.
tapi lepas tue dia pula yang berjalan sana sini, puas pula aku nak mencari....haishhhhhh...


masa nie tengah beratur panjang tunggu turn nak naik cable car


pak rahmat dengan handbagnya...hahhaha 



dalam cable car...


pak rahmat tengah control gayat....hahaha

lepas bergerak dari cable car aku plan nak pergi bermandi-manda di pantai cenang, tapi aku tukar plan terus ke padang mat sirat iaitu tempat beras terbakar. sebenarnya beras terbakar nie dah tak nampak kesan dah, cuma ada tapak jer. sisa-sisa beras yang ada pun ada sedikit jer untuk tatapan orang ramai. kat sini aku memang tak ambik gambar langsung sebab sibuk dok bershopping kain batik. haruslah aku membeli banyak kain batik untuk membuat stok. sebenarnya rasa segan pula aku nak minta kain batik kat mak aku, lepas kahwin nie, sebab tue kena beli sendiri...
 hahaaha... 

aku sempat beli 6 helai jer kain batik sebab orang kata x boleh bawa kain batik banyak-banyak keluar dari langkawi nanti kena rampas dengan kastam. so nak tak menyesal kemudian hari aku beli 6 helai je la.... kat sini aku malas nak snap gambar sebab aku rajin menegok kain batik yang dijual jer... hahaha

lepas bershopping, aku bertolak ke pantai cenang, kononnya nak bermandi-manda, tapi memandangkan hari dah nak magrib aku cancel plan nak mandi. so, kiteorang makan jer kat situ sambil menegok matahari terbenam, romantik la sangatkan,,,, feeling-feelinggg manja sampai lupe nak snap gambar... 
hadoiiii...


2nd Day 

hari kedua iaitu hari terakhir aku kat sini, program aku ngan pak rahmat bermula awal pagi sebab aku plan nak mandi laut memandangkan petang semalam tak sempat nak mandi laut. so, lepas jer bekfas, aku pun bertolak ke pantai cenang. sesampai aku kat sana, ramai juga yang dah sampai, aku ingat aku jer manusia paling awal, tapi rupenya dah ramai orang kat pantai masa tue... kat sini aku xde pun ambik gambar sebab sibuk main air laut... jakun sangat kan,,,,

lepas puas bermandi-manda ngan pak rahmat, aku balik melepak kat hotel pula sebab nak kemas barang. aku ingat nak chekout lewat, tapi bilik aku tue dah ada orang booking plak lepas tu, so nak or xnak aku kena chekout awal..
 huhuhu...
aku chekout dalam jam 1 petang dan lepas tue, aktiviti bershopping kembali bermula, hahaha
tapi x boleh nak shopping dulu sebab hari tue hari jumaat so kebanyakkan kedai-kedai kat situ tutup bagi menghormati waktu solat jumaat. so, bagi sesapa nak bershopping pastikan anda semua tidak pergi pada waktu itu ya,,,
tapi tak semua kedai tutup ada beberapa kedai yang masih beroperasi bagi sesapa yang xsabar nak bershopping macam aku nie kan.... hahahaha.


keadaan dalam kedai coklat, macam-macam coklat ada... pilih jer....
sempat kak ton jadi duta pepero jap.....

pak rahmat sibuk memilih, beli xpun, aku jer keja mengangkut sampai penuh troli.... 

selfie dulu lepas penat membeli.....
pak rahmat pun nak jadi duta pepero.....

selepas menghabiskan duit aku borong coklat kat HIG Mall, aku bawa pak rahmat ke kedai minyak angin, kalau tak silap aku nama kedai tue Nusantara kot.... nampak sangat dah tua.... hahahah...





lepas settle shopping aku ajak pak rahmat lepak-lepak kat dataran helang, sementara nak tunggu masa naik feri. kalau xsilap aku, aku beli tiket balik jam 4.30 petang. 

banyak kenangan manis aku ngan pak rahmat masa kat sana. so, pak rahmat kata lepas nie, nak datang bercuti lagi kat sini... so, marilah kita kumpul duit banyak-banyak untuk bershopping lagi kat sini...


selamat tinggal langkawi






Monday, April 21, 2014

lepak time

Assalamualaikum semua,
hari ahad ari tue, merupakan reunion kecil bagi aku n the gang iaitu cimah, jie n epul. sebenarnya the gang nie  tak cukup korum sebab ida dah berpindah ke Penang tapi tetap hapenning bila kiteorang semua berjumpa. kredit kepada epul la, sebab dia yang rancang semua nie, kononnya nak beli baju raya. hambooii ko epul, puase pun belum tapi dah beli baju raya ye.... tapi bukan ke aku lagi awal beli kain pasang untuk baju raya... hahaha

pada mulanya kiteorang janji nak berkumpul kat umah aku dan bertolak ke SOGO dengan kereta aku je, tapi perubahan last minute yang tak dapat dielakkan... hehehe... nie sebenarnya salah epul sebab x follow up balik kat jie a.k.a mak buyung... jangan marah ye jie...pastu patutnya jumpa dalam kul 11.30 pagi jadi ke kul 1 petang.... pastu pula, hanya aku ngan cimah je pergi ngan keta sbb epul dengan jie dah pergi naik tren dulu...

sesampai je kiteorang kat SOGO, epul ngan jie dah setia menunggu aku ngan cimah kat Manhatthan n fish market. sebenarnya kiteorang dah berjanji nak makan kat situ sebab tue aku dan epul dah bersedia dengan voucher yang kiteorang beli kat groupon. kiteorang just order air je, itupun buy 1 free 1. memang sebelum nie aku ngan epul plan nak makan kat situ, nak...nak pula, pada masa tu kat groupon  ada promosi, ape lagi sambar je la... hehehe

aku beli fried giant platter dan epul pula, beli manhattan star platter. harga asal platter yang kiteorang belinya sebenarnya RM55.90 tapi dengan voucher groupon tu boleh dapat dengan harga RM47.00 sahaja. tapi bukan tue jer tau, sebab voucher tu ada sekali dengan mesclum salad dan seafood chowder untuk 4 orang makan. sangat berbaloi kan????
 kalau korang nak beli voucher groupon macam aku nie boleh tgk kat sini www.groupon.my. kat sini bukan je ada voucher makanan tau, korang boleh shopping, bercuti dan macam2 lagi la... hehehe... nak taw lebih lanjut tengok sendiri la....

korang layan la gambar-gambar kat bawah nie ye, semua nie la kiteorang makan ari tue, tapi gambar aku lupe nak snap, sebab lapo sangat-sangat masa tue. so aku ambil jer kat website manhattan n fish market.

manhattan star platter, 

fried giant platter

mesclum salad 



seafood chowder

bagi aku sangat jimat dan makanan yang sangat banyak, sampai kiteorang tak habis pun nasi. sebelum aku lupe, set platter ni ada nasi tau kat bahagian bawah tue, so kalau korang nie tekak melayu dan mesti ada nasi, tak payah riso.  memang berbaloi-baloi la kalau korang nak berjimat macam kiteorang nie... hehehehe. 



-Eina-

Thursday, April 17, 2014

minta pandangan

assalamualaikum,,, hari nie aku nak minta pendapat or pandangan kepada yang sudi share la,,, semalam aku ada terima miracle slimming cofee ngan harum malam daripada seorang kawan. sebenarnya kawan aku nie nama dia Kak Naimah (panggilan aku sebenarnya). sebelum nie, kak naimah nie, dia kerja satu department aku kat HQ. Tapi memandangkan dia dan suami dah beli rumah kat Klang so, dia minta tukar ke cawangan Shah Alam. yelah dekat la sikit daripada nak travel dari Klang ke Keel kan...kan... eh ape yang ko melalut nie Eina.....debushhh sekali kat pipi tue.... apa-apa pun thanks kepada kak naimah sebab sudi bagi produk FREE nie...


aku sebenarnya nak tanya berkenaan dengan 2 produk yang aku terima nie, ada tak sape-sape yang pernah try dan kalau dah cuba aku nak tau kesan-kesannya. lagi satu nak aku tak pasti samada produk nia dapat KELULUSAN KKM tak. kalau korang tau macam mana nak semak kelulusan kkm pun boleh gitau aku. manalah tahu aku dapat lagi produk free mcm nie kan.... boleh semak sendiri je... hehehhe...
 bajet nak yang free je kan eina nie.... 

berkenaan harum malam nie, aku sebenarnya xpernah dengar pun produk nie, tapi ramai kawan opis aku cakap, banyak iklan kat FB pasal produk nie, xpe nanti aku pi cari kat FB ye... tapi sekarang nie aku nak tye korang la... boleh kan...kan....kan...  

kawan aku kata harum malam nie khas untuk orang dah kawen je, so sesuai la untuk kak ton yang baru kawen nie, eh.. bukan dah lama ke??? dia kata lagi produk nie untuk penjagaan dalaman wanita, tapi masalahnya sekarang nie yang bagitau kat aku tue pun belum kawen lagi, macam mana tue....hahaha...


-eina-

Monday, April 14, 2014

makeover

assalamualaikum semua...
rasanya sudah lama aku x menconteng muka orang, untuk entry kali nie aku nak mengimbau kembali saat2 masa aku makeover muka kawan aku belajar dulu. nama kawan aku norizan tapi panggilan glamernya pula kiteorang panggil MJ.

untuk pengetahuan korang semua cita-cita kak ton sebenarnya nak jadi MUA (make up artis), tapi disebabkan oleh kekurangan keyakinan diri sendiri, jawabnya MUA kat kawan-kawan je la, hahahaha. namun, kak ton pernah la make up kawan-kawan opis kak ton untuk majlis hari raya company dan annual dinner. cuma sekarang nie setakat tue je la yang mampu, nak lebih-lebih karang orang myampah plah kan,,,eh.... sempat lagi buat iklan plak...

ok. sambung cerita balik, sebenarnya tujuan aku makeover muka MJ nie adalah untuk ambik gambar koleksi tudung aku, sebelum nie kan aku ada cerita pasal aku ada buat bisnes online nie, oleh kerana MJ sudi jadi model x berbayar aku, aku pun makeupkan la muka dia. bagi aku MJ nie mempunyai kulit muka yang cantik dan senang nak apply makeup kat muka dia. kat bawah nie antara gambar-gambar MJ yang aku ambik semasa sesi fotografi tu... korang layan je la ye,,,, kalau cantik komen ye, tapi kalau tak cantik korang diam-diam je la ye... 




























P/S - nanti kalau aku rajin aku akan upload pic aku plak ye.... kak ton pun nak glamer gakk.... haik tui..........muntah darah korang dengar kan....


-Eina-