Tuesday, April 7, 2015

Peti Sejuk Oh Peti Sejuk

Holaaaa dan salam bersiaran kembali... agak lama juga aku tak mengomel dalam belog nie, masa begitu mencemburui aku.... hahahha.....cewahhhh cakap macam la sibuk sangat. Padahal dasar pemalas nak menghapdet belog....

Hari nie aku cerita pasal aku membeli peti sejuk yang sememangnya aku sudah bertahun hidup tanpanya. Boleh dikatakan semenjak housemate aku, Jie tu pindah keluar sebab dah kawen dah beranak pinak dah pun, sampailah sekarang hidup aku memang tak de peti sejuk kat umah. Hebat tak aku.....hahahaha.....
Yela, Jie pindah kalau tak salah aku, 3 tahun lepas kot, sampai la sekarang aku memang tak beli peti sejuk... boleh bayangkan tak hidup tanpa peti sejuk... tambah lagi, bila time beli barang basah untuk masak yang pastinya cepat rosak kalau xsimpan dalam peti sejuk, mcm ayam ke, ikan ke, sayur ke.... 
Tapi HAKIKAT sebenarnya aku memang jarang sangat memasak....hahahahaha 

Sebenarnya masa aku mula-mula pindah ke rumah sewa aku tue, ada la juga peralatan elektrik yang penting seperti TV, kipas angin, iron dan termasuklah PETI SEJUK aku beli untuk kegunaan harian. Yela kan, tak nak pergi keja dengan baju tak bergosok kan,,,,, So, memang melayang la duit aku masa beli kelengkap yang ala kadar tu. 
Okey cerita pasal peti sejuk nie, masa aku beli peti sejuk aku beli yang kecik je memandangkan aku berdua jer dengan Jie masa tu. Yela umah yang aku sewa tu pun ada 2 bilik jer, so bagi aku sesuai la bagi kegunaan kami berdua. Aku ingat lagi, peti sejuk yang aku beli jenama LG dan harganya kalau tak salah aku dalam RM500 gak la.
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujang ditengahari.... hahahhaa ape kena mengena pun aku tak tau.... sebab jangka hayat peti sejuk yang aku beli tu tak lama. Ini kerana
getah kat pintu peti sejuk mcm dah haus dan lama-lama pintu tak boleh tutup rapat sampailah tak boleh tutup langsung. Sejak dari hari tue, aku memang tak ada peti sejuk kat umah.

lebih kurang design mcm nie lah peti sejuk yang aku beli tue (gambar sumbangan encek google)
Mesti korang pelik kan, mcm mana aku boleh hidup tanpa peti sejuk selama tue. sebenarnya kalau aku bershopping sakan, terutama bila aku pergi Mydin Mall kat Subang tue, aku akan tumpang barang basah yang aku beli tu kat umah kawan aku yang tinggal kat tingkat 3 blok umah aku tu. Tapi selalunya, aku akan beli barang basah tu, cukup-cukup untuk sekali masak saja. Kalau nak ikutkan memang rugi, tetapi nak buat camne sebab umah tak de peti sejuk kan.

Memandangkan sudah lama aku takde peti sejuk kat umah, dari bujang sampailah dah kawen, maka Pak Rahmat bercadang nak beli peti sejuk. Bermulalah pencarian peti sejuk yang memenuhi citarasa aku dengan harga yang berpatutan... hahahhaa. Boleh mcm tue.....
Pada mulanya Pak Rahmat bercadang nak beli secara cash tetapi atas sebab-sebab tertentu kami memilih untuk membeli secara ansuran. Bak kata Pak Rahmat, duit lebihan untuk bayaran peti sejuk tue, digunakan untuk membayar insuran dan roadtax keta aku. Macam nie kehidupan bila kerja makan gaji yang gajinya hanya kais bulan makan bulan...... sop...sop....sop.... sedeylapairmata....apa yang aku melalut nie...

Pencarian bermula dengan kedai elektrik yang ada di sekitar area umah dan Sungai Besi tetapi semua hampa dan keciwa sebab tak ada peti sejuk yang mempunyai ciri-ciri aku nak. Wah!!!! kelas ko jah, nak beli peti sejuk pun nak tengok ciri-ciri... bagi aku haruslah sebab nak pakai lama kot. hahahaha...

Selepas satu kedai ke satu kedai elektrik aku masuk tapi tak ada satu pun tawaran menarik untuk membuatkan aku tertarik. Oleh kerana tiada pilihan yang menarik, aku ngan Pak Rahmat bercadang nak pergi tanya kat Singer. Lepas berbual panjang ngan akak staf singer tu, kami macam tertarik kat satu peti sejuk nie, tapi harganya boleh tahan jugalah dalam RM2K lebih gak la. Memandangkan kami nak beli secara ansuran, so aku tak kisah sangat sebab memang dah taw, yang harganya akan menjadi 2X ganda mahal. Akak tu gitau aku ngan Pak Rahmat, dokumentasi yang diperlukan untuk proses pembelian peti sejuk dan salah satu daripadanya adalah salinan bil. Tak kisah la bil air ke, bil elektrik ke, bil astro ke janji bil yang menunjukkan aku ngan Pak Rahmat sememangnya penghuni di rumah sewa kitaorg sekarang. 

 Al kisahnya bermula apabila aku tak tahu kat mana aku letak semua bil-bil tersebut. Kalau ikutkan bil air adalah kat umah tu, tapi kat bil tu xde pula alamat penuh cuma ada no. pintu je, so memang sah-sah tak boleh guna. Bil elektrik pula, aku memang tak penah bayar sebab bil elektrik umah aku tak sampaipun RM20.00 sebulan. Manakala bil astro pula, aku bayar guna online kat Maybank2U so, xde la aku simpan bila bil tu sampai, sebab memang sah-sah lah aku bayar amaun yang sama setiap bulan. Maka, dengan itu tertangguhlah hasrat aku ngan Pak Rahmat nak beli peti sejuk sebab nak kena tunggu bil bulan depan pula. huhuhu.... termenungtepitingkapmengenangnasibdiri.....

Nak dijadikan rezeki kiteorang, hujung minggu lepas aku ajak Pak Rahmat pergi Berjaya TimeSqure (TS) tujuan sebenarnya nak setlekan hutang dengan U-Mobile. Semasa OTW tu, Pak Rahmat, tanya berkenaan dengan kedai KAWANKU sebab dia nampak banner besar kat depan kedai tu tulis perkataan TANPA CENGKERAM. So, kami decide nak singgah, manatau kot-kot ada peti sejuk dengan ciri-ciri yang aku nak tu. 

Sampai jer kat kedai KAWANKU tue, aku ngan Pak Rahmat cari kat area peti sejuk, pilih punya pilih terjumpalah satu peti sejuk ni yang sememangnya mempunyai ciri-ciri yang aku nak tue. Apa lagi, hati berbunga-bungalah nak belikan, tapi Pak Rahmat buat spoil mood aku pula masa tu. Dia nak beli jenama sharp yang aku pula nak beli  jenama toshiba. So, kami berdua keluar kedai tu dengan perasaan hampa dan keciwa sebab tak dapat beli peti sejuk. 

Balik jer umah, aku berbincang balik dengan Pak Rahmat dan kami decide nak beli peti sejuk jenama toshiba yang aku berkenan tu. Pergilah kami berdua ke kedai KAWANKU tu lagi, untuk terus buat pembelian. Bab nak daftar untuk proses pembelian kat KAWANKU nie pun aku macam nak trauma sebab banyak gila kot reference yang dorang nak untuk meyakinkan bahawa kami nie tidak menipu dan akan membayar setiap bulan tanpa gagal.
Staf situ cakap proses untuk kelulusan samada kami layak untuk membuat pembelian barangan kat KAWANKU akan mengambil masa seminggu. So, selepas seminggu (semalam) aku mendapat panggilan daripada KAWANKU yang pembelian aku telah diluluskan dan penghantaran akan dibuat pada hari yang sama juga. Apa lagi gumbira bila mendengar berita yang peti sejuk idaman akan dapat tak lama lagi..... senyumsampaitelinga.....

Jom layan gambar peti sejuk aku yang dibeli kat KAWANKU. Walaupun ianya peti sejuk yang biasa-biasa sahaja, tapi bagi aku ianya memberi seribu makna sebab selepas 3 tahun barulah aku mampu untuk membeli peti sejuk yang baru..... hahahahaha.




gambar blur sebab guna handphone je masa ambik gambar nie 

Psiko tak aku, nak cerita pasal peti sejuk pun sampai panjang berjela mcm nie...... 
#sukahatimakenkolah


cinta hati
-eina psiko-

Monday, March 30, 2015

Happy Besday Sayang a.k.a Pak Rahmat...

Salam bersiaran kembali memandangkan sudah lama aku menjegah kat Velog nie.... Rasa macam sibuk sangat, tapi aku pun tak tau apa yang aku dok sibukkan tu... boleh ke mcm tue.... alahai rasa makin tua dah aku nie....

Hari nie, aku nak coretkan berkenaan dengan aktiviti aku minggu lepas bersempenakan besday Pak Rahmat. Seperti biasa, aku memang tak der la buat makan-makan or party tuk Pak Rahmat. Dah besar kot, tak payah la nak besday party bagai kan. Sambutan dibuat hanya aku ngan Pak Rahmat je, itupun buat kat rumah lepas kiteorang balik keja. Tak der nak suprise bagai, otw balik keja ajak Pak Rahmat singgah kedai kek kat area umah sebab nak belikan kek untuk besday boy...
Untuk kek, aku beli yang slice jer tapi aku hangkut sekali 4 slice kot. Hambik ko, sebab tak tau nak ambik mana, tengok semua nampak sedap. Alhamdulillah, semua kek tue habis dibedal oleh aku ngan Pak Rahmat.  

sila abaikan keadaan kek yang comot tue ye....


Nie la 4 jenis kek yang aku beli minggu lepas, tapi jangan tanya kek apa ye, sebab aku ingat satu jenis je iaitu red velvet. Yang tulis coffe tu memang sah-sah la ada perisa kopi di dalamnya tetapi nama kek tu aku memang tak tau....


Memandangkan Pak Rahmat puasa hari tue, so acara meniup lilin dan memakan (ada ke perkataan nie..) kek dibuat selepas magrib. Untuk makan malam pun aku beli jer kat luar sebab aku tak der masa nak masak. Ye la, sampai umah pun dah kul 7 lebih, kalau nak aku masak, jawabnya lepas Isyak la baru boleh makan,,,, hahahahaa...

Korang mesti nak taw kan, apa hadiah aku bagi kat Pak Rahmat bersempenakan hari bertambah tua beliau... hehehehe....
Jom Tengokkkkkkk

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

..... Jam Tangan...... (gelapnya tangan laki akuu.....)
Sebenarnya ada sebab kenapa aku hadiah kan jam tangan kat Pak Rahmat. Yang petama adalah aku yang myebabkan jam tangan dia rosak masa kiteorang gaduh-gaduh manja dulu.
Sebab kedua adalah kerana aku sangat stresss bila dia asyik tanya kat aku JAM KUL BAPE SEKARANG???? padahal dia boleh tgk je kat hp de kan....
Dan yang ketiga adalah aku memang nak belikan dia jam baru. Sebab jam yang lama (yang dah rosak tue) mcm dah buruk sangat......

Selesai jer sesi makan-makan dan rehat, pada malam tue juga aku ngan Pak Rahmat bertolak balik ke Sungai Besar sebab Pak Rahmat kata, dia dah lama tak balik jumpa mak ngan abah...

Bersambung........


 cinta hati
  -Eina-

Thursday, March 12, 2015

Bumbung Umah Bocor Lagi...

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali semua.......
lebih kurang seminggu gak la tak menjegah kat belog aku nie.  Rasa sibuk mengalahkan Perdana Menteri plak kan sampai tak de masa nak menghapdet velog sendiri a.k.a diari kehidupan aku nie. Padahal aku tak de la sesibuk mana pun, sepanjang minggu lepas aku menjalankan kehidupan harian seperti biasa ja....

Hari nie sebenarnya aku cerita pasal bumbung umah aku bocor lagi, Ops!!! umah yang aku sewa sekarang sebenarnya. Sebelum nie aku penah cerita pasal bumbung umah aku bocor sampai rosak barang-barang persediaan kawen aku, termasuklah baju untuk aku pakai akad nikah. boleh rujuk SINI. 
Fuhhhhhhh.... nasib baik boleh di selamatkan lagi masa tue... kalau tak, mahu meraung aku nak cari baju nikah yang lain. Yelah, aku nie kan saiz special sikit... susah kot kalau last minute.

Memandangkan sejarah telah berulang kembali, aku nekad untuk bercakap sendiri dengan owner rumah a.k.a Uncle Toh. Untuk pengetahuan korang, sebelum nie segala urusan aku berkenaan dengan rumah sewa aku tue, aku berurusan dengan Auntie Teoh. Tapi tahap stress aku bertambah bila berurusan dengan Auntie Teoh nie... tapi lain kali la aku cerita kenapa aku boleh jadi lagi strees dengan Aso nie. 

Selepas beberapa kali berhubung dengan owner rumah melalui pangilan telefon, aku menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan Uncle Toh tu sendiri. Bagi aku lebih senang berurusan apabila bertentang mata... (cewahhhh macam orang bercinta la plak kan.... hehehehhe..). 
Lepas dah buat temujanji dengan Uncle Toh nie, pada hari dan masa yang ditetapkan, maka bertemulah aku dengan Uncle Toh tue. Aku bagitau la, macam mana nasib aku bila kena menghadapi keadaan bila bumbung umah tu bocor sebab banyak barang aku  dah rosak. Pada mulanya, Uncle Toh nie boleh pula de suruh aku letakkan baldi or besen kat tempat bocor tue jer,,, boleh macam tue??? apa lagi hangin la aku satu badan, tak kan nak hidup macam tue selamanya kot... dah lah start bulan nie dia dah naikkan sewa rumah lagi RM50.00. 

Helloooooo..... dia ingat aku nie dok kat umah tue sebulan je kot, tak kan sepanjang tahun aku nak mengadap benda tue je, bila hujan je letak baldi n besen. Dia ingat cerita P.Ramli ke nak buat macam tue. Dengan perasaan tak puas hati, aku selalu call dan follow up kat dia berkenaan dengan bumbung bocor tu. Lepas tue, aku selalu cakap kat dia, bumbung bocor tu kat bahagian lampu dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas or kemungkinan besar boleh berlaku kebakaran. Mungkin dia pun dah stress dengan aku, pastu dia upah untuk orang betulkan bumbung tue. 

Untuk peringkat permulaan, bumbung umah aku hanya di baiki kat bahagian yang bocor jer. Kontraktor yang betulkan bumbung tue kata, bumbung kat umah aku tue sudah teruk dan sepatutnya diganti yang baru. Tapi nak buat mcm ne, kalau owner tak nak buatkan. Bagi aku, itupun sudah ok jika nak bandingkan dengan aku kena letak baldi dan besen kan. 

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Huwaaaaa......tak sampaipun 3 bulan berlalu, bumbung tu bocor lagi. bertambah-tambah la stress aku nak mengadap owner rumah tu. Bukannya ape, aku malas la nanti dia ingat aku nie kerja nak komplen je kan.... tapi itulah hakikatnya....

Sekarang nie Alhamdulillah, aku rasa tahap stress aku dah berkurang kot sebab semalam (12.3.2015), bumbung rumah aku digantikan dengan yang baru semua sekali. Tapi, semasa pemasangan bumbung tu dibuat aku tak de kat umah, so aku tak tau nak kata mcm mana lagi, sebab aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kalau nak tahu berhasil atau tak dengan pemasangan bumbung yang baru nie, kena tunggu hujan turun la, baru aku boleh taw samada ok or tak ok. Eh! boleh ke mcm tue... 
hehehehe....

Aku harap semuanya ok la lepas nie, lagipun aku sebenarnya dah malas nak call owner cakap pakara yang sama ja...... marilah kita semua berdoa semoga semuanya lepas ni menjadi lebih baik tak kiralah apa yang kita lakukan....
o.k la, nak sambung buat kerja pula.... bye....



cinta hati
    Eina

Thursday, March 5, 2015

Sudah Tuakah Aku??????

Assalamualaikum... dan salam bersiaran kembali. Sudah lama rasanya aku tak menghapdet belog aku nie, dah bersawang juga lah.... hahahhaa....

Tanpa disangka pagi tadi aku telah melakukan aksi berani matilah... bila mengenangkan nasib aku memang baik sebab tak de apa2 terjadik kat aku. Tapi bila di fikirkan balik, kelako pun ada juga... hahahha... nak tahu apa aksi berani mati aku?????
 jom ikuti jalan ceritanya..... macam cerita hikayat Hang Tuah plak....

Selepas pak rahmat dapat kerja kat area KL, pergi dan balik kerja aku dihantar dan di jemput oleh pak rahmat. Yela, memandangkan arah perjalanan yang sama dan jarak opis aku ngan pak rahmat pun tak jauh, secara tak langsung aku dapat jimat dah kat situkan...

Seperti biasa hari nie aku ngan pak rahmat pergi kerja bersama-sama tapi kami keluar rumah lewat sikit sebab aku bangun lambat... tapi sebenarnya aku memang hari-hari lambat... hahaha 
cuma hari lagi lambat dari hari-hari biasa.....
Dah lah aku kuar umah lambat, pastu kena pula ambik barang avon yang member opis oder kat keta. Dalam dok kalut2 ambik barang avon dengan beg kat dalam kereta aku xsedar yang aku terlupa ambik satu barang lagi yang penting. Padahal setiap hari kot aku ambik kalau aku nak pi kerja, tapi tak tau pulak macam mana hari nie aku boleh lupe... Nampak sangat aku dah tua... huwaaaaaaaaaaaaa.... 

Mesti korang nak taw apakah barang penting yang aku lupe tue kan??? jom kita tengok apakah bendanya

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
gambar dari encik google.... helmet aku lebih kurang macam nie la.....

Inilah benda penting yang aku lupa nak ambik pagi tadi. Korang bayangkan perjalanan aku dari rumah, Bandar Tun Razak sampai ke AmanahRaya. Sepanjang perjalanan aku tak pakai helmet, bukan ke kerja gila dan berani mati namanya???

Walau macam mana pun aku bersyukur sepanjang aku pagi tadi tak de apa perkara buruk yang berlaku. 
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara aku dan Pak Rahmat sepanjang perjalanan kami pagi tadi...

Sebagai balasan akibat lupe nak bawa helmet, jawabnya balik kerja nanti kena naik tren la.... nasib baik umah dengan stesen LRT tak jauh....


budak pelupa
   -Eina-


Tuesday, February 3, 2015

Langsir Baru....

Assalamualaikum semua.... diharapkan semuanya sihat dan happy-happy selalu ye.... hehehehe... aku sebenarnya sangat-sangat la gumbira sebab impian nak beli kain langsir dah tercapai dengan jayanya....Hasil kejayaan aku nie sebenarnya adalah bantuan daripada Kak Moon juga sebab dialah aku dapat beli kain langsir yang super cantik dan super murah.... (walaupun sebenarnya kak moon tak kenal pun aku nie.. hehehe)

Hari Ahad ari tu, sape-sape yang baca belog Kak Moon memang tau la sebab Sarah Hughes @ Globe ada buat gile-gile punya sale kat bahagian langsir sepecial untuk pembaca belog Kak Moon. Sebelum nie, dah banyak kali dah Kak Moon n Sarah Hughes @ Globe ni buat, tapi memandangkan aku tak ada kepeluan sangat nak membeli langsir nie, so hanya tengok kat belog je la. Tapi bak kata 'orang mengantuk di sorongkan bantal' time Kak Moon ngan Sarah Hughes @ Globe nie buat sale, aku plak memang tengah plan nak mencari kain untuk buat langsir umah sewa aku tue. Apa lagi, pada hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, aku pun pergi la menshopping kain langsir.... (eh.. ada ke perkataan mcm tue)... hahahha

Selain kain langsir, aku ada juga beli untuk buat alas meja makan kat umah aku tu. Idea kain langsir buat alas meja nie pun aku dapat masa baca belog Kak Elly . Bila tengok balik memang cantik sangat, so apa lagi aku pun grap la 2 meter untuk buat alas meja. Lepas balik umah rasa menyesal plak tak beli kain untuk buat sarung kusyen sekali. Bila sampai umah, sedey pula bila tengok  sarung kusyen yang ada sekarang nie... Ye la, salah aku juga sape suruh cuci guna washing machine, kan dah rosak... huk..huk...huk... kena tunggu Kak Moon dan Sarah Hughes buat Sale lagi la.....

Kat bawah nie antara design kain langsir yang dijual kat Sarah Hughes @ Globe masa sale hari tue. gambar kat bawah nie pun aku ambik dari belog kak moon.... sebab pada hari kejadian aku memang tak sempat nak ambik gambar sebab dok sibuk memilih langsir.... So, korang layan je ye,,,,











Gambar yang kat bawah nie pula adalah pada hari kejadian. Ramai sangat orang yang datang...sebab gile-gile murah kan.... Gambar nie pun aku ambik dari belog Kak Moon... sebabnya aku memang tak sempat nak ambik gambar bagai.....





Yang baju merah tu la Kak Moon, aku pun masa pergi hari tulah 1st time jumpa........ santek dan baik bangat orangnya.  Thanks Kak Moon.... i Lap u la....

Korang mesti tertanya-tanyakan design macam mana yang aku beli.... betul tak??? Jom kita tengok !!!! 

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

TAAAAAAAAARAAAAAAAAAAAAAA

Design nie aku pilih untuk buat langsir, design blackout... santek tak...?????

Yang nie pula nak buat alas meja makan, tapi rasa-rasanya kalau mata sakit pandang sarung kusyen tu... terus alas meja nie BERTUKAR  menjadi sarung kusyen.....

Dalam perancangan, aku nak buat langsir eyelet style...nak taw mcm mana desingnye??? kenalah tunggu langsir siap ye.... dalam kepala nie dah bayang nak buat macam mana nanti.... hahahhaha....psiko betul aku nie........



Cinta Hati
   -Eina-

Monday, January 12, 2015

O positif.....

Assalamualaikum,,,,, salam bersiaran kembali... hahaha macam lama sangat tak buka belog nie kan,,, padahal minggu lepas je kot.... sengal betul la aku nie,,,, hahhahaha.

Hari nie, aku nak bercerita pasal jenis darah. Aku rasa, aku lah manusia yang paling tak boleh belah kot dalam dunia nie.... hahahaha, sebab sepanjang aku hidup selama 31 tahun.... (dah tua kan,,,,,) aku tak taw jenis darah apa yang dok mengalir dalam badan aku nie.
Yelah, macam mana nak taw kalau pergi klinik pun takut inikan pula nak pergi check darah. Memang TAKKKKKK  la jawabnya.... dasar penakut, harapkan badan je besar tapi hati kecilllllll..... huwaaaaaa...........

Mesti korang tertanya-tanya macam mana la aku boleh tau jenis darah aku nie kan? Kejadian nie berlaku pada 2 minggu lepas, minggu tu, aku deman tambah selsema, sakit-sakit badan, sengal-sengal tulang dan ditambah dengan sakit kepala yang amat menyakitkan. Aku mengadu kat Pak Rahmat, dia suruh aku gi check kat klinik.
Pada mulanya, aku bekeras tak nak pergi, aku nak pergi klinik????? mmg tak la... sebab aku nie bangsa penakut. kalau nak ikutkan prinsip aku, biar mati tanpa tau penyakit dari terseksa menghitung hari..... Boleh terima tak prinsip bodo aku tue....hahahaha.....

Lepas kena desak banyak kali oleh Pak Rahmat dan aku pun rasa takut gak. Sekarang nie kan macam2 penyakit yang pelik yang ada dan bila di fikirkan balik, aku beranikan diri pi klinik kat area opis aku. 
 Aku pi klinik nie minggu lepas, kalau tak salah aku hari rabu kot. Masa jumpa doktor, aku beranikan diri tanya samada boleh atau tak aku check darah kat sini dan Dr. cakap BOLEH.  Dalam hati pada masa tu, berdebar-debar macam nak pi ambik result exam tu, punya takut.... hahahhaha. Dr. gitau, kalau nak ambik darah aku kena puasa dan kalau aku nak juga, besok pagi dia suruh aku datang balik untuk ambik darah.

Keesokkannya, aku dengan gagah beraninya pergi ke klinik tuk ambik darah. Aku datang awal la kan,  sebab kena puasa klu nak ambik darah. Kalau aku datang petang jawabnya aku kebuluran la....aku nie mana boleh kebuluran, nanti semua kerja tak boleh buat.....hahahah
Ingtkan ambik darah sakit, rupenya tak sakit pun, aku tak sedar pun masa bila Dr. tu suntik kat tangan aku... tup...tup... Dr. kata O.K dah siap. (pada masa tu aku memang xtengok jarum la sebab takuttttttt.....)Lepas semua dah settle, DR. pesan lagi 2 hari datang ambik result. 

So, hari yang dinanti-nantikan telah tiba (hari nie lah), petang tadi aku dengan gelabah biawaknya, pergi la ambik result. Korang taw, masa nak p ambik result tadi, aku rasa takut sampai sakit perut.... bengongkan aku nie,,,, penakut sampai macam tu sekali....

Dr. cakap semua ok, cuma aku punya kolestrol tinggi sikit. So, Dr. ada bagi aku ubat dan dia suruh aku datang balik untuk check up selepas ubat tue habis dalam tempoh sebulan. Korang rasa aku akan datang balik tak kat Dr. tue lepas sebulan???? hahahaha....
Kalau nak taw, kenalah tungguuuuuuuuuu......

Ops!!! lupe nak gitau, darah aku jenis O positive....akhirnya tahu juga aku....


cinta hati
-eina-

Wednesday, January 7, 2015

Mendetoxkan Diri....

Assalamualaikum....
Hari nie, bermulalah aku untuk mendetoxkan diri katanya, memandangkan azam tahun lepas yang dibawa ke tahun nie. So, dengan bersemangatnya aku memulakan langkah pertama. Orang kata sebelum nak mulakan diet nie, kita perlu mencucikan semua kotoran atau toksin-toksin yang dalam berkampung badan terlebih dahulu.... cewahhhh cakap macam pakar pemakanan jer aku nie.....

Untuk memulakan operasi detox nie, semalam aku ajak pak rahmat pergi ke tesco untuk membeli keperluan untuk detox nie. Peringkat permulaan aku hanya beli green tea dengan buah lemon jer. Ingat nak beli daun pudina sekali, tapi cari punya cari tak jumpa da..... 
Selain tue, aku ada juga beli buah betik sebab aku memang suka buah-buahan... hehehhe dan lagi satu sebab adalah kalau nak detox kenalah makan buah...... aci dak macam tue......(x klaka hokey....)



Gambar nie aku ambil dari encik google jer, tapi nak gitau korang buah lemon macam nie la, aku beli semalam..... hahahhaha...



Nie plak green tea yang aku beli semalam, tapi gambar nie pun aku ambik kat encik google gak... meh...meh...meh....
aku beli yang kecik je sama macam gambar kat atas tu... sebab baru nak cuba kan, nanti klu xsesuai ngan aku xde la membazir sangat....



Dan inilah hasilnya selepas kedua-dua bahan bersatu... hehehe, tapi yang nie dah kali kedua aku tambah air masak, so warna dan rasa kurang pekat dari yang pertama tadi yang memang pekat dan melekat habis la.... hehehhe. 
Okey semua, selamat mencuba.......


cinta hati
  -Eina-