Wednesday, October 29, 2014

Back Pain

Holla semua, kembali bersiaran... hehhehe... eh! sebelum tue, Assalamualaikum, semua sihat ke hari nie???? wah dah macam penceramah plak kan ai nie,,,,,,,

aku tanya korang sihat or tak nie, bukan ape sebenarnya kan sebelum nie aku ada share pasal kerja last minute yang boss aku suruh buat tue. bukan aku sorang je taw, tapi satu deparment yang kena kerah buat kerja mcm orang gila. Sampai hampir gila semua staf dalam deparment aku tu. mana tak gilanya, kena kerja non-stop selama sebulan taw. Siap pakej kena stay lepas waktu keja dan kena datang setiap Sabtu dan Ahad, secara paksa rela.... 
huwaaaaaaa.....
Alhamdulillah, semua tu dah selesai, semalam semua data dah 100% di key in. 

Lepas selesai je kerja paksa rela tue, aku dan boleh dikatakan semua staf dapat back pain. Dah la aku nie ada masalah ngan sakit pinggang yang agak kronik, nie pula ditambah dengan sakit belakang, bahu, lengan, tengkok dan kepala sekali. rasa macam nak MC je tapi memandangkan banyak kerja yang bertangguh, so aku gagahkan juga datang kerja. Nasib baik la pagi tadi masa bangun sakit-sakit badan dah berkurangan sikit....

Harap hari nie, dapat setelkan kerja yang bertangguh tue, Jom mulakan kerja semua.... caiyok....caoyok...caiyok....


-Eina-

Monday, October 27, 2014

Kemalasan aku datang lagi....

Assalamuaikum, dah lama rasanya aku tak bersiaran kat sini kan... aku sebenarnya malas tahap gaban dah nie. hahhhaha. boleh bagi alasan cam gitu???

aku sebenarnya nak cerita berkenaan dengan tahap kemalasan aku nie pada menjahit baju dan maik kat baju2 aku tue. cewahhhh macam banyak benor bajunye kan,,,, hahhaha... tapi memang banyak korang. aku xtipu.... banyak dengan kain pasang yang belum dijahit. hehehehe...

Dalam malas-malas aku nie, berjaya juga la aku menyiapkan sepasang baju kurung dan siap dengan beading sekali tawww. So, ini dikira rajin sehelai baju je la, mehmeh.... 

jahitan manik simple.... sebab malas nak buat crumble mumble...
layannnn gambar je la yee..

cantek kan,,,, hahhahahah 

Nie lah hasil kerajinan aku tapi sehelai je dulu ye...

Memandangkan kain pasang dah melambak aku nekad nak buat baju, so dapat lah aku berbaju barukan dan masa yang sama aku dapat habiskan kain pasang yang sampai boleh buka kedai tue. Tapi naluri membeli aku tak dapat dibendung lagi tambahan baru-baru nie, opismate aku ada pergi bercuti di Padang, Indonesia. So, dengan niat dia untuk berniaga, aku terus sambar 2 pasang... huhuhuhu.. habis duit gaji aku tuk bulan nie... 

Okey, cerita beli kain pasang tak habis lagi ye, baru-baru nie plak JAKEL ada buat jualan pengosongan kedai, haruslah aku pergi kan..... jalan punya jalan, terpandang la sehelai kain nie terus jatuh cinta pandang pertama ko... so, jawapannya haruslah aku membelikan,,, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ menangis buat kali ke berapa pun dah xtaw.... sambung nangis lagi nie..... huwaaaaa...... sob...sob.... sob....


-Eina-


Thursday, October 16, 2014

Kerja Gila vs Gila Kerja

Bila ditengokkan pada tajuk entry aku kali nie mmg menunjukkan yang aku tengah stress pasal kj aku sekarang nie... huhuhuh
mcm mana la tak stress kalau kerja melambak-lambak beribu-riban data nak kena key in dalam masa seminggu ja... memang kerja gila kan???????? 

Disebabkan kerja yang terbengkalai tu, aku kena paksa datang kerja pada hari Sabtu n hari Ahad macam orang yang gila kerja, keja 7 hari seminggu non stop taw...

Benda ni semua terjadi disebabkan salah sorang boss aku tue yang mmg xtau nak manage kerja dan last-last kiteorang juga yang kena kerah mcm buruh asing... 

boleh jadik tekanan darah tinggi mak naik lepas nie... nasib la sebelum nie tekanan darah dok rendah je kan... hahahha...



-aku yang stress-
Eina

Monday, October 6, 2014

Mood kelautttt lagi...

Assalamualaikum... semua...
rasanya sudah lama aku tak bersiaran kan... hahahaa... x bersiaran bukan bermakna aku sangat-sangat sibuk ye, tapi mood aku sejak dua menjak nie asyik kelaut jer. Ops!!!!, aku bukan nelayan ok... hehehehe... lawak tak?????

aku pun xtau nape, tapi aku sangat-sangat memerlukan kerajinan untuk aku menyelesaikan tugasan yang berlambak2 kat umah dan kt opis... korang nak taw, aku sekarang nie malasnya bukan memain taw, nie kira malas betul-betul malas hokey...

aku malas nak siapkan crochet brooch yang diminta oleh en hady, padahal dia nak tolong jualkan untuk aku jew..... huwaaaaa betul-betul teruk kan aku nie???  .... pemalas tahap gaban,,,, eh! ada ke sampai ke tahap gaban nie,,,, heheheheh. nampak sangat pemalasnya... paham tak ape yg aku cakap nie.... hahaha aku pun kadang-kadang xpaham......^_______^ 

aku juga malas nak siapkan jahitan manik kat baju aku tue, (macam mana la nak siapkan tempahan baju orang kalau asyik malas mcm nie kan,,, tolongggggg......). 

p/s - sape yang ada kuasa kerajinan share sikit kat aku nie ye... eh, bukan sikit tapi banyak hokeyyyy....


love 4 ever
Eina Rahmat

Friday, August 22, 2014

MH17

Assalamualaikum semua, sayu je rasa hati hari nie. aku rasa semua orang sudah mengetahui bahawa hari ini, merupakan hari berkabung untuk jenazah mangsa MH17 yang sampai ke Malaysia pada hari ini. Aku sebenarnya tidak suka membaca berita berkenaan dengan tragedi MH17 sebab emosi aku akan terganggu dan sedey apabila mengenangkan mangsa dan keluarga mangsa yang melalui semua nie....

Bermulanya kisah sedey MH17ni, yang betul2 buat aku menangis adalah semalam apabila aku membelek-belek FB aku dan aku baru mengetahui bahawa pilot MH17 tu adalah suami kepada kawan salah seorang staf di USM iaitu Jumie. korang paham x apa yang aku cakap nie....xpe lah buat2 paham je la if sesapa yang xpaham tu ye..

Jumie nie merupaka staf di school aku masa aku blajar kat USM dulu, aku kenal-kenal gitu je la tapi aku rase dia pun xkenal aku... hahhaha. tapi aku  suka la membaca belog beliau, sebeb belog beliau membolehkan aku belajar memake up kan orang...

Semalam dia ada post kat FB dia yang menyuruh semua orang membaca belognya pada hari ini. So, apabila sampai di opis pagi tadi aku pun membuka dan membaca kisah yang share kat situ. Aku rasa kalau aku ditempat isteri mangsa MH17 tu, mesti lagi teruk aku meroyan,,, tapi alhamdulilah ahli keluarga mangsa memang tabah menghadapi dugaanNya.

Aku xnak cerita panjang dan sesapa nak tau cerita yang dishare di belog beliau boleh lawat belog beliau sendiri. sepanjang pembacaan aku tadi, aku xsedar dah bape kali aku menangis....so korang baca la sendiri.... semoga roh mangsa MH17 dicucuri rahmat dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaanNya... 
amimm...


-Eina-

Wednesday, August 20, 2014

Sabarlah wahai hati....

Rasanya sudah lama aku mencoretkan apa-apa semasa bulan puasa hinggalah sekarang nie  dah nak penghujung Syawal. Aku rasa berat hati bila nak menulis apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku.  Walaupun bukan diri aku sendiri yang mengalaminya, tetapi aku rase peritnya kehilangan seseorang yang disayangi susah nak diluahkan dengan perkataan.

Dua hari sebelum kita semua sebagai umat islam nak berpuasa, aku dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada kawan aku opis aku, MJ. sebenarnya aku kenal MJ nie sejak belajar di USM lagi memandangkan dia belajar satu course dengan aku. Daripada penceritaan MJ, mak dia meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru dan buah pinggang. aku sememangnya mengetahui yang sebelum ini mak MJ menghidap penyakit kencing manis, berkemungkinan semua ini berkaitan dengan penyakit tersebut. aku berharap MJ tabah menghadapi dugaan ini. 

Selepas dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa, aku pula telah dikejutkan dengan berita kematian tunang kepada kawan aku Rashid. Kalau nak ikutkan, genap sebulan lagi mereka akan disatukan sebagai suami isteri, tetapi apakan daya, kematian telah memisahkan mereka. Menurut dariapada keterangan Rashid, tunangnya telah terlibat dalam kemalangan semasa hendak melintas jalan selepas membeli juadah berbuka di bazar ramadhan. Ajal Maut Jodoh Pertemuan kita semua adalah ketentuan Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya sentiasa berdoa supaya menjadi seorang hamba yang bersyukur dan beriman... Insya Allah....

Pada malam raya, kita semua sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, aku sekali lagi telah dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada suzie yang juga merupakan salah seorang rakan opis aku. pada ketika mengetahui berita kematian tersebut hati aku berdebar-debar mengenangkan dugaan yang Egkau berikan amatlah hebat memandangkan kita semua ingin menyambut Hari Raya yang mulia. Melalui penceritaan rakan-rakan yang lain, ibunya meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dibonceng oleh remaja di hadapan rumah mereka. Berita ini amat menyentap hati dan perasaan aku sebagai manusia kerana, sekiranya ajal telah tiba tiada amaran yang diberikan kepada kita semua....

Berakhir minggu pertama dibulan Syawal, aku pula diberitahu bahawa Pak Ngah aku telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. berdasarkan kepada penceritaan emak , Pak Ngah kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang. Bersyukur kehadrat ilahi apabila, selepas seminggu di Hospital, Pak Ngah telah menjalani pembedahan dan beransur pulih walaupun masih ditempatkan di wad ICU. Aku berharap Pak Ngah aku akan sihat seperti biasa....amin....

Aku berdoa supaya aku menjadi hamba yang tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan yang diberikan olehNya....Tabahlah wahai hati....


-Eina-

Tuesday, June 24, 2014

Tempahan Hamper...

Assalamualaikum semua, kali nie aku nak share dengan korang semua pasal tempahan hamper nie. Untuk pertama kalinya aku mendapat bisnes tempahan hamper nie dan aku harap ianya akan menjadi permulaan yang baik untuk bisnes aku nie. 

Nak dimulakan cerita, kawan nie (kak naemah), aku minta tolong buatkan hamper untuk boss die. katanya nak boss yang murah-murah jer,  sebab itu juga menyebabkan dia sangat sukar nak mendapatkan orang yang sesuai untuk menyediakannya. banyak-banyak tempat yang ditanya semuanya melebihi bajet bossnya. korang paham tak ayat aku nie..... bahhahhaha... 

 Sambil dok termenung...(ni aku tambah jer) dia terpikir la aku yang sangat kreatif bab-bab yang macam nie (mampos la puji diri sendiri....). So, dia mintalah tolong aku buatkan hamper tu, katanya xpayah nak besar-besar sangat bersesuaian saja dengan bajet boss dia tu.... 

Apalagi, aku bergigih la membuat quotation bagai.... ini perlu ada quotation hokey untuk mendapatkan tender mambuat hamper nie.... ko jangan memain, hahaha... bunyi macam projek berjuta-juta kan... puiiiiii....padahal buat hamper jer.... bajet plak ciput jer..... bahahhahaha.... 

Selepas aku memenangi tender tersebut aku memulakan operasi mencari coklat dan biskut (request by boss) kat pasaraya Hanifa yang dekat dengan opis aku tu....murah dan menjimatkan shooping kat situ ye.... yer la, kata bajet ciput... so kena pandai cari tempat la kan... tapi ape yang penting adalah hasil kebabooommmm..... 

Selepas seharian aku bermain-main dengan semua nie so, tadaaaaa... inilah hasilnya hamper aku yang xbrapa nak hamper sangat..... heheheheh sebarang pujian dialu-alukan hokey... TETAPI AWAS... kata-kata kejian tidak diterima.... hahahhaha.... 


chantek x korang tengok.....
cantik kan...............muntah darah korang baca aku puji diri sendiri.....


-Eina-